Anak-anak adalah anugerah terindah buat pasangan suami isteri. Seharusnya, mereka perlu dipupuk ke arah kebaikan sejak awal usia lagi. Antara didikan yang perlu dibiasakan tersebut ialah mengaji.
Begitulah seperti yang dilakukan oleh Angkasawan Negara pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor di mana dia ada memaklumkan bahawa anak kembarnya, Adam dan Noah yang kini berusia tiga tahun sudah mula mengaji naskhah Iqra.
Perkara tersbeut dikongsi oleh lelaki berusia 49 tahun itu menerusi salah satu perkongsiannya yang menunjukkan gambar kembarnya, Adam dan Noah sedang belajar mengaji bersama seorang guru di laman sosial Instagram beberapa hari lepas.
View this post on Instagram
“Saya sasar Adam dan Noah khatam al-Quran pada usia 6 tahun, sama seperti Bella dan Tasha. InsyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Dr Sheikh memaklumkan dia memilih kaedah ‘baghdadi’ kerana yakin akan keberkesanannya.
Dr Sheikh turut berharap agar kembar pertamanya boleh mengikuti jejak langkah kakak-kakaknya, Bella dan Tasha yang berjaya khatam al-Quran di usia muda.
Anak-anak yang baik
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi reaksi positif terhadap tindakannya itu.
Kagum dengan ilmu keibubapaan Dr Sheikh
Mesti cerdik nanti
Comelnya kembar ni
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina pada 10 Oktober tahun 2010 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar tidak seiras, Eusoff dan Emelia.
Sumber: Instagram Dr Sheikh
Leave a Reply