Muazzin Tanpa Gaji, Sanggup Berjalan Kaki Sejauh 3km Setiap Hari Semata-Mata Untuk Lavngkan Azan 5 Waktu

Kehidupan di dunia ini penuh dengan uji4n. Ada di antara kita yang diuji dari segi kewangan, kesihatan dan sebagainya tetapi sebagai manusia, kita perlu menerima segala ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan ini. Seperti kisah yang dikongsikan seorang pengguna Facebook iaitu Tok Anjang

Menceritakan tentang kehidupan seorang pemuda ‘lembam’ yang dikenali dengan nama Adam sanggup datang sejauh 3km ke surau untuk melaungkan azan 5 waktu. Lebih meruUntun hati apabila mengetahui Adam hanya berbuka puasa dengan air kosong dan kurma sahaja sepanjang dia berada di surau.

Perjalanan 3km untuk melavngkan azan 5 waktu

Pemuda Gopeng datang 3 kilometer setiap hari untuk azan 5 waktu. Bulan Ramadhan bersamaan PKP ini ayah mertua Tok Anjang s4kit t3nat, sehinggalah Allah menjemput beliau, Haji Mokhtar 4 hari sebelum Hari Raya pada usia 85 tahun. Al fatihah.

Seorang yang ramah dan disenangi oleh semua. Selama sebulan itu bila ada kesempatan Tok dan isteri akan turun ke rumah mertua di Kg Tersusun Kopisan untuk ziarah dan berbuka puasa bersama Mak Mertua dan yang lain lain. Setiap kali berbuka kami akan berpandukan azan maghrib dari surau dihadapan rumah.

Azan nya biasa je, tak berapa sedap pun tapi suara azan tak sedap itu lah setiap maghrib, Isya’, Subuh, Zohor, Asar. Surau kampung Tersusun (konsilidetet) sejak beberapa tahun ini sunyi menyepi kerana kampung ini tiada lagi warga tua. Jamaah solat hari biasa hanya 4-5 orang. Majoriti lelaki dah meningg4l dan yang muda banyak berhijrah. Yang tinggal adalah makcik makcik janda.

Berbuka dengan kurma dan air kosong

Dijadikan cerita, 2 malam sebelum raya kami keluarga yang berhampiran berkumpul untuk berbuka dan tahlil dirumah mertua. Sebelum masuk waktu berbuka Tok teringatkan Muazin yang saban hari berbakti mengumandangkan Azan Maghrib sekali gus isyarat berbuka kepada orang kampung.

Tok tanya kepada anak buah. “Adam tu hari hari azan maghrib tu makan apa masa berbuka sorang di surau tu?”
Dia dah le lembam, slow dan macam budak budak sikit.” Maka bertanya le anak buah kepada Adam tu. Erm…jawapan yang diterima dari Adam. “Adam makan kurma dan air kosong je.

Makan nasi lepas Isya, bila balik rumah.” ‘Allahuakbar! Betapa p3dihnya jawapan Adam tu. Rasa hati ini disi4t si4t. Kami ni rumah berhadapan surau hari hari makan sedap lauk berbagai sejak hari pertama Ramadhan. Tok merata Perak bagi orang makan. Ni depan rumah je!

Beliau menjadi Muazzin tanpa gaji

Selepas 28 hari puasa baru kami tau yang anak berjasa ini minum air kosong dengan kurma. Kecoh kami satu rumah dan buat pertama kalinya Adam berbuka bersama kami. Banyak makannya dengan lauk penuh. Gembira, sed1h, kasihan sangat melihatnya. Terasa pulak k3jam nya kami satu rumah. Moga Allah ampunkan kami.

Kemudian baru Tok Anjang tahu yang Adam ni berumur 24 tahun. Tinggal di Taman Kinta 3km jauhnya bersama ibunya. Seorang pemuda yang lembam dan tidak bekerja. Sering bersendirian bersama motornya kesana sini. Namun Allah memberikan kerja kepada beliau menjadi Muazzin tanpa gaji bagi Surau Kg Konsulidetet.

Setiap subuh dan waktu lain Adam akan datang dengan motornya ke surau dari Taman Kinta untuk Azan dan solat.
Hebat anak ni. Adam pandai baca Quran dan hafal Doa doa. Jom kita bagi gaji bulan kepadanya. Paling tidak pun duit minyak motor untuk datang surau. Biar sikit tapi berterusan. Kita tumpang pahala anak ini.

Sumber:ikansebesarbuihzarah via majalah-harian.com

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*