Pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen yang berkongsi wajah anak lelaki sulungnya yang baru sahaja berusia dua berjaya meraih perhatian netizen di media sosial.
Mana tidaknya, kecomelan serta wajah gebu yang dimiliki oleh anaknya yang bernama Petra Pekin itu telah membuatkan ramai netizen geram dan tidak keruan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mona di laman Instagramnya, dia telah berkongsi beberapa gambar mengenai perkembangan anaknya itu yang telah dilahirkan pada 31 Ogos yang lalu.
View this post on Instagram
Menurut pelakon yang berusia 37 tahun itu, seaktu hamil dahulu dia kerap menonton drama Korea dan disebabkan itulah wajah anaknya sudah mirip seperti warga Korea Selatan.
“Oppa sangat Petra ini, masa mengandung dulu suka tengok drama Korea, kan dah macam K-Pop,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, Mona yang juga merupakan isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim turut memaklumkan berat anaknya itu sudah mencecah 5.7 kilogram meskipun baru sahaja berusia 2 bulan.
Comelnya Petra!
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan yang dimiliki Petra dan tidak keruan apabila melihat pipinya yang begitu tembam.
Semoga membesar dengan baik, jadi anak soleh!
Malah, ramai yang mendoakan agar Petra dapat membesar dengan baik dan mendoakan keluarga selebriti tersebut sentiasa dalam lindungan Allah.
sumber: Instagram @mona.allen
Leave a Reply