Mohon rentas daerah z1arah kemat1an, gadis kecewa dakwa polis sind1r niatnya

Berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari akan datang, antara aktiviti yang masih dilarang adalah rentas daerah atau negeri.

Bagaimanapun, jika keadaan terlalu mende3ak seperti ada kemat1an dan sebagainya, rakyat perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Baru-baru ini, seorang gadis yang menggunakan nama libertinebabe di Twitter memaklumkan bahawa salah seorang insan tersayang dalam hidupnya baru sahaja men1nggal dunia.

Difahamkan lagi menerusi ciapannya itu, dia dan bapanya tinggal di daerah berlainan jadi terpaksa meminta surat rentas daerah di balai polis sebelum boleh menziarahi jenazah.

Namun begitu, gadis itu meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa anggota polis sempat lagi ‘meny1ndir’ dia dan bapanya ketika di balai polis.

Tak layak jadi polis

“Biasalah nak raya Cina ni banyaklah alasan,” kata polis berkenaan seperti didakwa gadis tersebut.

Gadis itu menyifatkan polis berkenaan bersikap kur4ng aj4r, walhal kemat1an insan tersayang bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan jen4ka.

Siapa sahaja yang tak sak1t hati kan, bila ada orang mempermainkan kemat1an insan terdekat. Memang tidak sensitif langsung

Kemat1an bukan bahan lawak

Dia menegaskan bahawa anggota polis itu bertuah kerana bapanya merupakan seorang yang baik dan tidak memperbesarkan isu tersebut pada pihak atasan. Kalau tidak, ia mungkin menjadi hari terakhir anggota polis itu berkhidmat.

Kita tak minta, benda dah jadi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa mar4h dengan tindakan anggota polis terbabit dan ramai juga yang berkongsi pengalaman sama saat berurusan dengan anggota polis bersikap sedemikian.

Lawak bod0h

“Betul ke mak men1nggal atau memang niat nak balik kampung beraya?”

Kenapa makin ramai polis berperangai t3ruk?

Sebab itulah kita kena sentiasa jaga adab dalam setiap pertuturan kita… Tambahan lagi, hal-hal melibatkan kemat1an. Jangan pernah dibuat main!

Sumber: Twitter libertinebabe

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*