Dah tak nampak pakai emas, MK K-Clique keluar tuntut ilmu ikut jemaah

Tampil dengan gaya ala-ala ‘bad boy’, penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK sering mengundang kecaman netizen apatah lagi mengakui gemar memakai aksesori seperti rantai dan gelang emas.

Namun kali ini bukanlah soal kecaman, sebaliknya pujian terhadap penyanyi berusia 29 tahun itu apabila dipercayai keluar berdakwah selama tiga hari di Bandar Jerantut, Pahang.

Seorang pengguna laman Facebook, Farith Zul berkongsi mengenai perkara itu dengan memuat naik dua keping gambar MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bersama pendakwah, Maulana Helmi.

MK pun keluar 3 hari

“Pengalaman jemaah-jemaah yang keluar dakwah di Sabah memang selalu beri laporan ramai pemuda walaupun zahirnya nampak “rock&blues” namun hati mereka lembut dan mudah tersentuh dengan dakwah.

“Allah sayang… Bila mana satu orang mula datang kepada agama, bertemu orang-orang soleh itu tandanya ada perkara baik yang Allah SWT inginkan untuk dirinya.

“Pandanglah walau satu kebaikan pun yang ada pada orang lain walaupun dalam dirinya ada 1000 keburukan,” tulisnya.

Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok pula, seorang wanita berkongsi video memaparkan suaminya turut bertemu dengan penyanyi berasal dari Sabah itu dalam menuntut ilmu Allah SWT.

Jangan menilai luaran manusia

@ikasakhirKenal ka hampa ? Siapa kita nak menilai luaran setiap manusia , sebab hari tu milik Allah #fyp #fypシ♬ bunyi asal – 🇲🇾انسان ميستري🇲🇾

“Suami siap dapat sebilik dengan mereka. Paling best suami bagitau, mereka tak sombong langsung. Alhamdulillah hati itu milik Allah,” coretnya dalam video berdurasi 16 saat tersebut.

Turut kelihatan menyertai jemaah tabligh berkenaan adalah pelakon Mas Khan, Azuan Mazlan dan ahli perniagaan Ron Kamisan.

Sesi ceramah

Satu kalimah Allah!

3 hari penuh pengisian

Masuk kalimah dalam hati

Doakan MK untuk perbaiki diri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7)

Menerusi pemerhatian posting-posting yang dikongsi, MK tidak menggayakan sebarang aksesori emas seperti yang sering dipakai sebelum ini. Moga terus istiqamah!

Sumber: Facebook Farith Zul , TikTok ikasakhir , Instagram Mas Khan & Azuan Mazlan 

 

 

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*