Tular kanak2 minta hadiah kaki, ibu dedah pernah disaran gugurkan kandungan
Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan posting seorang ibu yang dikenali sebagai Azlindahani Othman yang menceritakan impian anak istimewanya.
Walaupun muat naik tersebut dibuat pada 2 September yang lalu, namun perkongsian yang menghibakan itu terus menjadi bualan warganet yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat.
Permintaan hari jadi anak istimewa
Menerusi apa yang dikongsikan Azlindahani, perbualan mereka adalah merujuk kepada impian kanak-kanak tersebut yang ingin mempunyai kaki pada hari lahirnya.
Sedih tak dapat tunaikan impian anak
Hal ini telah mendapat perhatian Harian Metro yang bertindak menghubungi ibu kepada kanak-kanak istimewa tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu.
Menurut Azlindahani, dia berasa sedih kerana tidak dapat menunaikan impian anaknya yang dikenali sebagai Syahmi mahu mempunyai kaki seperti kanak-kanak normal sedangkan Azlindahani pernah berjanji akan menunaikan segala kemahuan anaknya.
“Saya sedih kerana tidak dapat tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir saya sudah berjanji untuk beri apa yang dia mahukan.”
“Malah, bukan sekali tetapi berkali-kali Syahmi luahkan keinginan untuk berjalan dan berlari seperti abangnya…” Katanya.
Doktor sudah beritahu ada kecacatan
Tambah Azlindahani, ketika Syahmi berusia 4 bulan dalam kandungan, doktor pernah menyarankan agar dia menggugurkan kandungan, namun dia berasa bimbang.
Doktor juga pernah menjangkakan jika bayinya lahir berkemungkinan hanya bertahan hidup selama satu tahun sahaja.
“Ketika hamil doktor ada memberitahu berkenaan kecacatan dalam kandungan dan meminta saya membuat ujian untuk mengenal pasti sama ada wujud kromoson berbahaya.”
Sekiranya ada, doktor mengesyorkan kandungan digugurkan namun saya enggan melakukan ujian kerana bimbang.”
“Saya bimbang dia tidak dapat hidup lama dan meninggalkan saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institusi Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh dirawat.”
“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh sakit dan jika ada sekalipun dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersedih.” Tambahnya lagi.
Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), Azlindahani bt Othman
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply