Miliki Lebih 1.6 Juta Pengikut Di TikTok, Lelaki Hidap Sindrom Treacher Collins Nikahi Gadis Cantik

Memiliki wajah yang unik, Surya Manurung telah mengejutkan media sosial apabila dia berkahwin bersama seorang wanita cantik yang disayangi di Indonesia.

Sindrom Treacher Collins

Sebelum ini, Surya Manurung telah tular di media sosial kerana seluruh ahli keluarganya memiliki wajah yang unik. Hal ini kerana mereka menghidapi penyakit abnormal yang disebut Sindrom Treacher Collins.

Difahamkan, sindrom tersebut akan menjejaskan perkembangan muka, kepala dan telinga kanak-kanak sebelum mereka dilahirkan. Walaupun begitu, keluarga Marunung mula tular apabila mereka selalu membuat siaran langsung di media sosial sehingga dapat mencuri perhatiaan netizen.

Sah bergelar suami isteri

Surya Manurung yang berasal daripada Sumatera Utara, Indonesia, memuat naik satu video di laman Tiktok memaklumkan dia telah sah bergelar suami kepada wanita jelita, Shasha Puspita Dewi pada Jumaat yang lalu.

Ujar Surya Manurung, dia bersyukur kerana dapat menikahi seseorang yang dicintai.

Alhamdulillah Ya Allah

Di majlis pernikahannya, Surya Marunung dan pasangan telah menggayakan busana tradisional Indonesia. Video majlis tersebut telah mencecah 3.2 juta tontonan.

Video

@surya.manurung Alhamdulillah Ya Allah, #keluargamanurung #suryamanurungmenikah #suryamanurung edit by @IG@bams_marpaung ♬ suara asli – SURYAMANURUNG

Sumber: Tribun Medan, surya.manurung 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*