Makin tampil bertudung labuh, Mia Ahmad terima pujian ramai

Bagi yang menonton drama Hati Perempuan, pasti ingat dengan watak yang dibawa oleh Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi.

Fenomena drama itu membuatkan Mia lebih dikenali ramai dan menerima pelbagai tawaran untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan.

Baru-baru ini, pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi beberapa posting di laman Instagram yang menampakkan dirinya lebih menuju ke arah kebaikan yang diredai oleh Allah SWT.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Mia manis bertudung litup sehingga menutupi paras dada selain mengenakan jubah labuh berwarna coklat lembut.

“Saya memilih untuk bersinar pada tahun 2021,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Di samping itu, terdapat juga beberapa posting lain juga menampakkan dirinya bertudung labuh dan dipadankan bersama dress yang cantik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Posting yang dikongsi itu mendapat pelbagai komen positif daripada warganet yang memuji kecantikan Mia yang disifatkan sejuk mata memandang.

Manisnya MasyaAllah

Cantiknya

Moga terus istiqamah

Dipermudahkan segala urusan

Untuk makluman, Mia berkahwin dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi pada 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*