“Mereka rapat dan jaga solat..”-Luah keluarga remaja tertikam adik lelaki

Semalam, seorang pelajar perempuan dilaporkan membaling pisau ke arah adik lelakinya sehingga maut di rumah mereka dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri.

Dan, pagi tadi suspek berusia 18 tahun yang masih bersekolah di tingkatan enam ditahan reman selama enam hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan lanjut.

Terbaharu, ahli keluarga yang enggan identitinya didedahkan berkata, seluruh keluarganya masih terkejut dan tidak percaya insiden menyayat hati itu menimpa mereka.

Katanya, kedua-dua beradik yang terbabit dalam insiden berkenaan sangatlah rapat dan saling menyangi selain dididik dalam keluarga dengan penuh kasih sayang dan ketakwaan mereka.

“Kedua-dua beradik berkenaan adalah anak yang baik dan sangat bijak kerana sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.
“Mangsa yang berusia 16 tahun adalah bekas pelajar Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Gelang Patah.
“Manakala kakaknya belajar di Tingkatan Enam sekolah yang sama. Mereka berdua serta tiga lagi adik, adalah anak yang sangat baik dan dididik untuk saling berkasih sayang,”ujarnya.

Tambahnya, mereka berdua dididik untuk tidak meninggalkan solat dan taat pada perintah agama. Insiden yang berlaku itu membuatkan mereka enggan percaya kerana ia sangat tragis dan menyayat hati.

Terdahulu, portal melaporkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh disahkan meninggal selepas dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Selain itu, ahli keluarga berkata, ibu bapa mangsa trauma dan tertekan dengan insiden malang menimpa kedua-dua anak mereka. Mereka juga enggan ditemubual dan memohon media memberi ruang untuk keluarga bertenang.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*