Merajuk sampai pandang dinding, lelaki terhibur dengan aksi manja tunang

Bagi pasangan bercinta, pasti berdepan situasi buntu sekiranya kekasih hati bertukar merajuk atas sebab-sebab tertentu. Puas mencari cara untuk memujuk, tapi kadang-kala tak menjadi pula!

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama sayapenyapu berkongsi satu video memaparkan tunangnya sedang merajuk sambil memandang ke arah dinding di sebuah tempat parkir kereta.

@sayapenyapuorang perempuan kalau merajuk memang kena comel macamni ea?♬ original sound – Kardo akustik cover

“Orang perempuan kalau merajuk memang macam tunang aku ni ya?,” tulisnya dalam video berdurasi 19 saat itu.

Video tersebut kelihatan tunangnya seolah-olah membuat tidak entah apabila dipanggil lelaki itu selain terus memandang ke arah dinding berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian satu lagi video, lelaki tersebut mengakui tunangnya itu mempunyai perwatakan manja seperti kanak-kanak.

@sayapenyapu Reply to @amirulnizam04 ♬ original sound – Soloz

“Tunang saya memang perangai macam bebudak sikit, jenis manja.Kalau merajuk pandang dinding. Pandang tingkap lepas tu nangis sendiri,” kongsinya.

Posting video pertama itu meraih 172,400 tontonan selain hampir 400 komen netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat tunang lelaki terbabit yang disifatkan comel.

Kalau merajuk dalam kereta, memang pandang cermin jelah

Sumber: TikTok sayapenyapu

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*