![Meninggal dunia akibat Covid-19, wajah ayah tersenyum seperti sedang tidur](http://caramohon.com/wp-content/uploads/2021/01/Meninggal-dunia-akibat-Covid-19-wajah-ayah-tersenyum-seperti-sedang-tidur-678x381.jpg)
Permergian ayah tersayang amat mengejutkan bagi Noor Janatun Aliyah namun itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh mereka sekeluarga.
Difahamkan, ayah Puan Aliyah, Jemali Marsidi, 60, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan Covid-19.
Puan Aliyah turut menulis luahan hatinya di Facebook selepas urusan pengebumian jenazah selesai.
Alhamdulillah selesai urusan ayah di dunia. Jazakumullahu khairan kathira semua yang mendoakan & membantu mempermudahkan urusan kami sekeluarga. Semoga Allah memberi ganjaran dengan sebaik-baik balasan.
.
Alhamdulillah cuaca redup mengiringi perjalanan terakhir ayah. Sebelum kafan tadi pun tenang je wajah ayah sedang tersenyum macam dalam tidur. Ya Allah, kami bersyukur Kau pinjamkan ayah terbaik untuk kami.
.
Moga kami terus menjadi anak-anak soleh solehah yang menjadi saham terbaik ayah di sana.
Terdahulu, arwah Jemali telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Desa Putra, Sungai Merab, Kajang.
Semoga Puan Aliyah dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply