Bersama keluarga nikmat yang sangat besar, Ebit lew sudah mengamalkan baca Al-Quran dan Hadis sejak umurnya 12 tahun.

I love you bidadariku dan anak-anak. Bersama keluarga nikmat yang sangat besar.

Dari 12 tahun hampir setiap hari saya akan hidupkan amalan baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama keluarga. Sekarang umur saya dah 37 tahun. Rindu masa tu baca Hadis pada mak saya. Mak pendengar pertama saya masa baca hadis Nabi saw. Mak saya kata, insyaAllah satu hari nanti ramai akan dengar ebit berkongsi nasihat. Terima kasih mak bapak sentiasa mendoakan. Ini semua doa mak ayah. Kita dapat apa yang kita dapat asbab doa mak ayah kita. I Miss u mak. Sayang mak, rindu mak sangat. Orang cakap atau perli apapun takpe. Jangan berhenti buat baik kerana mak ayah kita menanti amal baik anaknya. Mak ayah kita lebih kenal kita dari orang lain. ‘Allah sayang’ itulah kekuatan segalanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Hari ini bersama bidadari dan anak-anak setiap hari masa di rumah selepas Maghrib atau Solat Subuh saya akan dengar anak baca Al-Quran dan berkongsi Hadis Nabi saw. Kadang bidadari saya baca. Kadang anak-anak baca.

Saudaraku, saat bersama bidadari dan anak-anak ialah saat paling berharga. 3 perkara kita buat bersama. Solat, majlis ilmu/Talim, dan makan bersama. Doakan buat bidadari dan anak-anak.

Supaya anak rajin solat dan menjadi anak soleh baca Surah Ibrahim ayat 40. Pasangan menjadi penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan baca surah Al-Furqan ayat 74. Supaya semua keluarga sentiasa bahagia dan dapat kebaikan hidayah baca Al Ahqaf ayat 15. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Contoh Tauladan

 

Kagum dengan cara didikan ustaz

Terbaik Ustaz Ebit

Sumber: Ebit Lew

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*