Lagi beberapa hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan lagi beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan bakal berakhir.
Walaupun pada tahun ini kita tidak dapat pulang ke kampung halaman, tetapi admin yakin pada waktu ini, sudah pasti masing-masing sudah mula membuat persiapan Hari raya. Namun begitu, dalam kita buat gairah buat persiapan hari raya ada juga insan yang yang kurang bernasib baik dan masih bergelut untuk menruskan kehidupan di bandar besar.
Aisyah Gadis 17 Tahun Yang Mempunyai Semangat Yang Kental
Di kala pada waktu kini, kebanyakkan remaja lepasan pada masa kini masih lagi berkhayal dan sedang berseronok meraikan kebebasan kerana baru sahaja habis SPM tetapi ada seorang anak gadis yang membanting tulang membantu keluarganya.
Aisyah baru berusia 17 tahun tetapi dia mempunyai satu jiwa dan semangat yang besar. Tak kala anak gadis lain seusia denganya mula bekerja di tempat yang di inginkan tetapi dia memilih untuk membantu ibunya dengan menjual kerepek serta kuih di hadapan sebuah bank di Kota Kemuning Shah Alam.
Apa yang lebih mengagumkan anak gadis ini tidak merasa malu menjual kerepek dan juga di khalayak ramai. Malah, apabila di tanya sebab dia sanggup berdiri seharian suntuk menjual kerepek, jawapan yang di berikan adalah kerana dia mahu membantu ibunya kerana tidak sanggup melihat ibunya berpenat mencari rezeki.
Walaupun seharian berpenat lelah menjual kerepek tetapi putus asa dan penat tidak pernah keluar dari bibirnya. Sebaliknya, gadis yang mempunyai tutur kata yang sopan dan seorang yang jujur. Apa yang lebih menyedihkan, ada yang pernah memandang rendah kepada anak gadis ini dan ada yang pernah mengatakan “kenapa bukan mak dia yang berniaga”.
Dia juga memasang impian untuk bekerja di tempat yang dia mahukan sama seperti kawan-kawan yang laian, tetapi dia lebih memilih untuk membantu ibunya menjual kerepek. Walaupun baru berusai 17 tahun tetapi Aisyah mempunyai semnagat kental dan tidak merasa malu membantu ibunya berniaga di kaki lima sebuah bank.
” Aisyah faham mama dah penat buat semua ini” dari luahan kata Aisyah ini jelas menunjukkan dia ingin menggembirakan hati kedua ibunya dan tidak mahu ibunya berpenat lelah. “Aisyah pernah niaga tapi satu hari tak laku langsung”- Tambahnya lagi
Di tanya mengenai impian sambung belajar, dia berkata, dia mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan ingin membantu orang yang kurang bernasib baik apabila sudah berjaya nanti. Adik Aisyah mula berniaga dari pukul 4 petang sehingga 9 malam setiap hari.
Jiwa serta semangat yang kental yang ada pada diri adik Aiayah ini, sememangnya patut menjadi contoh pada anak muda dan juga remaja lain. Aisyah telah memberikan kita semua satu semangat serta telah mengajar kita bahawa untuk berjaya kita perlu berusaha keras dan perlu merasai kesusahan. Selain itu, Aisyah juga telah mengajar kita mengenai erti bersyukut dalam apa jua situasi.
Walaupun terpaksa berniaga di usia muda tetapi Aisyah tidak pernag sesekali mengeluh. Sebaliknya, dia dengan rela hati dia ingin membantu ibunya berniaga bagi meringankan beban ibunya.
Bagi yang bertanyakan di mana kah adik Aisyah ini berniaga? Di sini admin kongsikan lokasinya. Iaitu:
Lokasi
Depan Maybank Kota Kemuning
No. 9 & 11, Jalan Anggerik Vanila N31/N, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Niaga
Setiap Hari
4PM-9PM
Leave a Reply