Jual air tebu tepi jalan, netizen ajak orang ramai bantu warga emas berniaga
Sejak Covid-19 melanda dunia, ramai yang hilang punca pendapatan dan telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan. Seperti apa yang berlaku di Kampung Raja, Besut , Terengganu. Di mana ada seorang lelaki yang berusia 79 tahun masih gigih mencari rezeki dengan berniaga air tebu di tepi jalan.
Live yang berdurasi lebih kurang 10 minit itu direkod oleh seorang lelaki dan dimuat naik dilaman facebook KakSah KateringBesut. Pada awal video tersebut kelihatan seorang lelaki yang berumur 79 tahun itu di sapa dengan panggilan ‘ayah’ menuangkan air ke dalam gelas yang mana kesemua air tersebut diborong oleh lelaki yang merakam video ini.
Si ayah terketar-ketar
Di dalam video tersebut kelihatan tangan si ayah terketar-ketar. Sambil menjawab pertanyaan oleh lelaki yang merakam video tersebut. Harga air tebu yang dijual hanyalah berharga RM2. Dan air tebunya itu juga dimesin sendiri oleh ‘ayah’.
Air tebu legend
Lelaki yang merakam video ini menyeru orang ramai agar membeli air tebu ‘ayah’ ini. Gerai yang hanya berkanopi tersebut terletak berhampiran restoran Rumbia dan Pejabat Agama Besut. Air tebu tersebut merupakan air tebu legend yang dibuat dan dimesin sendiri oleh ‘ayah’. Menurutnya juga, ‘ayah’ ini telah lama menjual air tebu tersebut, dulu hanya menjual dengan menaiki basikal.
Masih berusaha cari duit
Posting tersebut tular di media sosial apabila pengguna Facebook itu mengajak orang ramai membeli air tebu jualan warga emas terbabit.
Tambahnya, lelaki tua itu sedah berniaga lama di kawasan tersebut dan kembali membuka semula gerainya yang berhampiran dengan restoran makanan tempatan.
Jom pakat2 singgah
Video yang telah dimuat naik itu mendapat perhatian warganet apabila dalam masa sehari sahaja , lebih daripada seribu perkongsian semula dan ratusan komen diterima oleh pengguna Facebook tersebut.
Rata-rata mereka mendoakan agar perniagaan warga emas itu terus dimurahkan rezeki dan mengajak orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut menyokong perniagaannya.
Semoga bertambah rezeki pakcik
Dah lama pakcik ni berniaga
Sumber: KakSah katering Besut
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply