Pakcik umur 80 tahun gigih jual air, menangis berdoa lepas dihulur duit sedekah

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Twitter bernama Aida Aidil telah membuat beberapa ciapan berkongsi pengalaman membeli air kelapa daripada seorang lelaki warga emas.

Video itu tular di media sosial kerana ramai simpati dengan keadaan fizikal peniaga tersebut yang sudah tua namun tetap gigih bekerja keras demi menyara keluarga.

Isteri jaga cucu di rumah

Menurut gadis berkenaan, dia merupakan pelanggan tetap kepada pakcik berusia 80 tahun itu yang menjual air kelapa menggunakan lori di pinggir jalan di Bandar Puteri, Klang.

Selain itu, Aida juga memberitahu setiap kali dia datang untuk membeli air kelapa, pasti pakcik tersebut akan memakai baju yang sama sahaja.

Justeri itu, dia yang bekerja sebagai pereka telah menempah banting untuk membantu mempromosikan perniagaan pakcik terbabit agar dapat dilihat oleh orang awam yang lalu di sekitar kawasan tersebut.

Semoga pakcik murah rezeki

Sebelum pulang, dia sempat menghulurkan sedikit wang kepada pakcik tersebut untuk memudahkan urusan dan kelangsungan hidup.

Reaksi warga emas tersebut telah mengundang sebak netizen selain turut mendoakan agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

“Semoga adik dan kawan adik bahagia. Terima kasih banyak-banyak,” kata pakcik berkenaan yang meluahkan perasaan sebak.

Allah akan ringankan beban orang yang menolong 

Ibu bapa kita, syurga kita

Semoga yang membantu dimurahkan rezeki dan pakcik terus kuat untuk mencari rezeki meskipun tubuh badan sudah tidak kuat lagi. Amin!

Sumber: Twitter Aida Aidil

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*