Mungkin nama Raihan sudah jarang disebut-sebut seperti suatu ketika dahulu, tetapi impak kumpulan nasyid itu masih dapat dirasai hingga ke hari ini. Lagu-lagu seperti Iman Mutiara, Puji Pujian, dan Demi Masa yang sarat dengan pengajaran dan mesej dakwah kekal segar di ingatan.
Kumpulan yang ditubuhkan pada lewat tahun 90an itu pada awalnya dibarisi oleh Nazrey Johani, Allahyarham Azahari Ahmad, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Kini perjuangan Raihan diteruskan oleh 3 daripada mereka selepas Nazrey mengundurkan diri, dan mereka juga banyak berkolaborasi dengan Alif Satar.
Ketika zaman kegemilangannya, Raihan bukan sahaja banyak memenangi anugerah dan menjadi salah satu artis paling berpengaruh di Malaysia, malah mereka juga berjaya membawa nama Malaysia ke luar negara dan memperkenalkan muzik mereka kepada seluruh dunia.
Sebuah posting di Twitter oleh pengguna Erena Takeuchi baru-baru ini telah mengundang banyak peminat kumpulan nasyid itu untuk mengenang memori mereka bersama Raihan ketika muda. Berikut adalah antara komen-komen menarik yang dikongsikan.
Suka lagu mereka ketika kecil.
Tahu mcm mcm pasal islam melalui lagu dorg je.
baca niat puasa dalam hati pun berlagu.
sehingga kpd imej dan fesyen.
asalkan dakwah tu sampai
auto insaf setiap kali dgr
Lagu yg menusuk kalbu :
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply