Mee Kuning homemade tanpa bahan pengawet mudah dan senang
Kalau Buat sendiri Mee kuning ne rasa lebih selamat dan sedap kena dengan rasa tekak kita. Memang spoil jika mee yang ada dalam pasaran sekarang rasa terlebih kapur. Ini perkara biasa bila kita beli mi kuning yang dijual di kedai. Itu belum masuk lagi penggunaan pengawet.
Bukan apa, Bimbang tentang kesihatan badan dengan rasa kapur dan bimbang dengan kesan pengawet jalan terbaik untuk terus menikmati mi kuning yang jadi kegemaran ramai ini adalah dengan menghasilkannya sendiri.
Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Roshima Ibrahim Shima ini.
Buat sendiri 6 KG mi kuning
Baru selesai menghasilkan 6 KG mi yang dibuat sendiri. Tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.
Bahan-bahannya
- 1 kg tepung gandum
- 2 biji telur
- 1/2 sudu makan garam
- Pewarna kuning
- 1 gelas air (air agak-agak kalau keras tambah sedikit demi sedikit, adunan jangan lembik)
1 kg tepung gandum akan dapat 2 KG mi.
Cara buat
1. Masukkan tepung dalam besen.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dalam tepung. Masukkan pewarna kuning, gaulkan sekata. Kemudian masukkan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga sekata, pastikan adunan tidak lembik. Bulatkan doh dan leperkan.
4. Leperkan doh menggunakan mesin mi. Sesuaikan ketebalan dari tebal ke nipis berulang kali. Mesin saya guna no. 7, berbeza ikut mesin.
5. Selepas doh nipis sapukan tepung di pemukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong. Alas mi guna tudung periuk.
6. Panaskan air hingga mendidih dan letakkan sedikit minyak masak.
7. Masak seketika mi itu. Agak-agak mi timbul itu tanda mi sudah masak.
8. Angkat dan toskan, kemudian titiskan sedikit minyak supaya mi tidak melekat.
Sumber:Roshima Ibrahim Shima
Jika sukakan artikal ini, Jangan Lupa kongsi like dan komen di Fb Musang Live. Terima Kasih.
Leave a Reply