Siapa sahaja yang tidak berasa sedih apabila insan paling rapat dalam hidup pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, betul tak?
Bagaimanapun bagi yang masih hidup, meskipun sangat perit kehidupan perlu diteruskan bersama kenangan ditinggalkan.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah nasib yang perlu dilalui oleh seorang remaja setelah kehilangan satu-satunya abang kesayangannya yang mavt dalam kem4langan jalan raya.
Kisah sedih yang berlaku pada setahun lalu diceritakan kembali oleh ibu mereka bernama Nor Rasul menerusi aplikasi TikTok.
Terlalu rapat sejak dari kecil
@norrasul2tak bergaduh dri kecil,tak pernah berpisah hanya kematian yg memisahkan mereke…arwah syg si adik sampai mati pun dipangkuan si adik#al fatihah♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik
Pemergian Allahya4rham cukup memberi k3san kepada adiknya, memandangkan mereka memiliki jarak umur hanya setahun.
Tambahan lagi mereka dikatakan sangat rapat, tidak pernah bergaduh dan tidak pernh berpisah sejak dari kecil. Bagai isi dengan kuku, ke mana-mana sahaja sentiasa berdua.
Abang men1ngg4l dalam pangkuan adik
Malah, lebih menyedihkan apabila si ibu bercerita arwah si abang terlalu sayang terhadap adiknya sehingga sewaktu mengh3mbuskan naf4s yang ter4khir pun, dia men1ngg4l dunia dalam pangkuan si adik.
Selain itu, antara detik yang paling menyentuh hati adalah si adik sanggup membaiki semula motosikal arw4h abang dan memandikannya dengan air Yasin.
@norrasul2Selepas kemalangan,si adik baiki moto arwah abg..dimandikan dng air yasin,,begitu lembut ia mandikan moto tu,,sayu tengok!!!♬ bunyi asal – Nor Rasul
Mesti dia terbayang arw4h
Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa ahli keluarga terbabit. Selain itu, mereka turut terharu melihat kasih sayang adik terhadap seorang abang.
Dalam pada itu, netizen sempat menitipkan doa semoga Allahy4rham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
Sumber: TikTok norrasul2
Leave a Reply