Terkini sedang kuat khabar angin mengatakan pemain hadapan skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo akan beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan selepas sebuah kelab dari Sarawak berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Menurut kenyataan daripada laman facebook Kamek Miak Sarawak, Presiden Kuching FA, YB Fazzrudin sudah pun berjumpa dengannya di lokasi yang tidak didedahkan sekaligus menguatkan khabar angin mengenai penghijrahan beekas pemain Pahang dan JDT itu.
Sebelum ini pasukan Pahang mengumumkan untuk tidak menyambung kontrak pemain ini kerana mahu memberi focus untuk pemain muda bermain pada musim hadapan.
Meskipun dikaitkan dengan beberapa nama besar, Kuching FA tetap mengambil pendekatan untuk berbelanja mengikut kemampuan dan merancang membawa pulang beberapa pemain kelahiran Sarawak yang beraksi di semenanjung.
“Kami bersifat terbuka malah mendapat maklum baalas ramai pemain daripada semenanjung yang menyatakan keinginan untuk datang ke Kuching dan mereka telah kami hubungi untuk datang pada sesi pemilihan yang akan bermula daripada 10 hingga 14 Disember ini.
“Perbincangan dengan pihak jurulatih telah kami adakan dalam mengenal pasti bahagian yang perlu diperkuatkan dan beberapa nama besar yang begitu dikenali dalam liga bola sepak tempatan kami akan cuba dapatkan.
Leave a Reply