Hasrat dan impian pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor serta Haris Ismail atau dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz untuk mendirikan rumah tangga akhirnya terlaksana pada pagi Sabtu.
Diraikan dalam suasana penuh romantis dengan dekorasi bunga putih, diiringi alunan zikir dan lagu-lagu nasyid, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi.
Pada majlis itu, ijab kabul telah disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor yang juga menjadi wakil wali bapa mereka, Mohd Noor.
Hadir sama pada acara pernikahan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Netizan tegur pasal SOP
Dalam pada itu, ada di kalangan netizan menunjukkan beberapa keping gambar yang ti.ada jarak sosi4l ketika majlis berlangsung.
Berikut beberapa komen dari netizan mengenai SOP majlis terbabit.
Pelakon Zul Yahya juga melahirkan perkara yang sama di laman facebook beliau.
Majlis sosial kini dibenarkan dengan pematuhan SOP.
Sementara itu mengimb4s kembali Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menyatakan Majlis sosi4l seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi kini dibenarkan untuk diadakan dengan pematuhan pr0sedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata majlis perkahwinan bagi agama lain juga dibenarkan kerajaan.
“Mengenai majlis sosi4l, semua majlis rasmi dan tidak rasmi seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan, resepsi, akikah, doa selamat, sambutan hari kelahiran, ‘reunion’ dan lain-lain dibenarkan. Ia juga diperluaskan kepada mereka yang beragama lain.
“Kehadiran ke premis pula adalah 50 peratus bagi kawasan Peri.ntah KawaIan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP),” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Ismail Sabri berkata, majlis perkahwinan di luar dewan juga dibenarkan tetapi dengan penja.rakan fizikal.
Katanya, majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan S0P yang ditetapkan.
“Saya harap semua mematuhi S0P yang ditetapkan, jangan bila kenduri, ada yang berses.ak-se.sak,” katanya.
Sumber: tk
Leave a Reply