Masih Rasai Nikmat Beribadah Di Masjidil Haram, Tukang Cuci Ini Buat Ramai Cemburu
Jika dahulu Masjidil Haram dipenuhi dengan umat manusia yang datang dari seluruh negara, di kalangan mereka pula memegang pelbagai pangkat dan kekayaan di dunia ini.
Namun, selepas kita diuji dengan wabak Covid-19 ini, sekaya atau tinggi mana pun pangkat kita, sekarang ini tiada siapa yang dibenarkan masuk ke kawasan Masjidil Haram.
Rezeki ‘si baju biru’
Kini, yang tinggal di sana adalah penduduknya dan para pekerja yang masih setia mengimarahkan Kota Suci Mekah itu, betapa bertuahnya mereka.
Seperti foto seorang tukang cuci di Mekah ini, pekerjaannya mungkin tidak begitu dipandang oleh masyarakat, namun nikmat beribadah yang sedang mereka rasai sekarang ini cukup membuatkan ramai yang cemburu.
Masih rasai nikmat beribadah di Tanah Suci
Selama ini mereka sibuk menguruskan beribu-ribu tetamu Allah, sekarang mereka pula diberi nikmat untuk fokus mengerjakan ibadah.
Mungkin antara hikmah yang cuba Allah tunjukkan kepada kita, tidak kira sebesar mana pun darjat kita di dunia ini, sebenarnya kita sama sahaja di sisi Allah.
Sumber : Mohd Fauzan Rosidi
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply