Tak Dapat Sorok Kegembiraan, Pemuda Berlari Girang Masjid Dibuka Semula

Tak Dapat Sorok Kegembiraan, Pemuda Berlari Girang Masjid Dibuka Semula

Bukan sahaja di Malaysia, kebanyakan masjid di seluruh dunia terpaksa menutup pintunya dan tidak menerima sebarang jemaah bagi mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19 berlaku. Perlaksanaan ini sudah semestinya membuatkan kebanyakan umat islam di seluruh dunia resah.

Walaupun masih boleh melakukan ibadat di rumah masing-masing, namun bagi mereka yang sudah terbiasa melaksanakannya di rumah Allah pastinya merindui suasana beribadah secara berjemaah. Malah, seperti yang sedia maklum beribadah secara berjemaah lebih besar ganjarannya.

Meloncat-loncat dengar iqamah berkumandang!

Sejak semalam, tular sebuah video yang memamaparkan kegembiraan pemuda apabil masjid di Qatar telah di buka semula setelah sekian lamanya ditutup bagi para jemaah dan orang awam untuk beribadah.

Rakaman ini menjadi perhatian ramai apabila pemuda yang dikenali sebagai Musa Abdul-Aleem ini, tersenyum girang dan berlari menuju ke masjid kerana terlampau teruja untuk melaksanakan solat di dalam rumah Allah berkenaan

 

Lebih menyentuh jiwa apabila lelaki ini menyatakan bahawa dia begitu lega apabila dapat kembali semula ke rumah ibadat itu dan matanya berkaca kerana begitu terharu.

Menurut atlet bola keranjang ini, sebelum ini dia tidak dapat menjejakkan kaki ke masjid bermula pertengahan bulan Mac lalu ekorang wabak COVID-19 yang mengancam dunia.

Kegembiraannya kini dirasai oleh seluruh penduduk dunia setelah videonya tular dirata-rata platform media sosial.

Sumber: Twitter.

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*