Mangsa kegan4san suami ‘menangis’ dalam k0ma

Mangsa keganasan suami menangis dalam koma

SEREMBAN: Angkara keganasan rumah tangga membuatkan seorang penjawat awam, Jahidah Nordin, 43, terlantar kaku dalam keadaan koma sejak lebih setahun lalu.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, memuat naik gambar imbas kembali ketika majlis perkahwinan kakaknya itu menerusi media sosial dua hari lalu dan rata-rata netizen memuji Jahidah sebagai seorang wanita cantik.

Video yang dimuatnaik menerusi laman Tiktok itu menarik lebih sejuta tontonan dan lebih 2,000 komen yang kebanyakan mendoakannya kesihatan Jahidah, selain melahirkan rasa simpati.

Fauziah berkata, kakaknya itu kini di bawah jagaannya di Sendayan dekat sini, selain turut bertanggungjawab membesarkan Ehsan Nufail, anak lelaki kepada Jahidah.

“Memang keadaan fizikal sudah banyak berubah tidak seperti dulu. Kecederaan yang dialaminya akibat dipukul menyebabkan muka jadi seperti sekarang.

“Rahangnya patah, tempurung kepala juga terpaksa dibuang. Kejadian ini bukan sahaja menarik keceriaan kakak, malah kami sekeluarga, namun kami redha dengan ujian tuhan,” katanya.

Fauziah berkata, tiada banyak perubahan yang berlaku kepada kakaknya dan kini masih lagi terlantar di katil dan tidak mampu memberikan respons.

“Dari segi kesihatan kak Jahidah sekarang semakin baik, namun tiada banyak perubahan. Dia tidak boleh lagi bagi tindak balas apa yang kami cakap, bagaimanapun sebelum ini dengar dia menangis sebelum ini.

“Disebabkan sudah lama terlantar, badan dan pergerakannya macam kaku. Bulan November nanti kakak akan dimasukkan ke wad rehabilitasi sebab doktor mahu pantau keadannya,”

Ditanya mengenai keadaan Ehsan Nufail yang kini sudah berusia 10 bulan, Fauziah berkata, bayi berkenaan masih tidak boleh duduk kerana tulangnya masih lembut dan perlu mendapatkan fisioterapi bermula pertengahan bulan ini.

“Saya selalu letakkan Nufail di sebelah kakak, ada kalanya kakak mengeluarkan air mata. Mungkin dia sedih, namun tidak dapat meluahkannya,” katanya.

Media pada Mei tahun lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun itu dikejarkan ke hospital di Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei 2021.

Ketika kejadian, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun lalu dan mereka sekeluarga tidak dapat menikmati Aidilfitri seperti orang lain kerana keadaan Jahidah yang kritikal ketika itu.

Sumber : Bh

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*