Dalam menjalani hubungan cinta, ia pasti lebih bermakna sekiranya tidak bersandarkan fizikal atau paras rupa semata-mata. Maklumlah, semua itu bukan penentu kebahagiaan sebaliknya adalah kesetiaan dan kejujuran.
Bagi seorang pemuda Hazran Man, dia tidak segan mempunyai teman wanita yang memiliki fizikal agak berisi apabila memuat naik beberapa video menerusi platform TikTok miliknya, baru-baru ini.
Menurut Hazran, soal malu perlu ditolak tepi selain mengutamakan sifat setia dan tanggungjawab bersama pasangan hingga ke akhir hayat.
Nak malu buat apa?
@bujang_terlajak_larisMalu apa bosku dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati😜😜😁🥰#hazran_man #tiktokers_empire♬ Baik Baik Sayang – Wali
“Malu apa dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati,” katanya yang mempunyai 533,400 pengikut di TikTok.
Menerusi rakaman berdurasi 24 saat itu, dia yang juga duda anak satu tidak kekok melayan kekasihnya Nor Sabrina di tempat awam meskipun terdapat ‘mata-mata’ yang memandang serong terhadap mereka.
Selain itu, Hazran juga berseloroh dengan menyifatkan wanita berisi lebih pandai membahagiakan lelaki sepertinya sekali gus dapat melengkapi antara satu sama lain.
Sebab tu ramai lelaki tertarik!
@bujang_terlajak_larisPerempuan Gemuk Nie Sebenarnya Pandai MemBahagiakan Lelaki Kurus,🥰Tu Sebab Ramai lelaki tertarik tak gitu.😜#hazran_man #tiktokers_empire♬ original sound – MSH Edits🎧❤️ – Yewgadget Media
Video tersebut mendapat sambungan hangat apabila meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 7,000 komen netizen dimana rata-rata mengagumi cinta sejati pasangan itu yang sudi menerima kekurangan masing-masing.
Bestnya pasangan terima kekurangan!
Janji ikhlas.. zaman sekarang tak macam dulu
Sumber: TikTok hazran_man
Leave a Reply