Makcik Buat Fb Live Sampai 3 Pagi Cari Rezeki Jual Baju “Bundle” Menangis Terharu Ada Yang Lock Sampai 100 Helai Nak Beli

Mencari rezeki itu perlulah seiring dengan usaha, kesabaran dan tawakkal yang tinggi kepadaNya. Barulah ia pasti akan ‘terbalas’ dengan hasil yang tidak disangka-sangka.

Kebanyakan peniaga umumnya akan menggunakan pelbagai medium perniagaan secara optimum bagi memastikan jualannya ‘laku keras’, contohnya peniaga pakaian bundle yang sanggup duduk di depan skrin telefon untuk bersiaran langsung hingga berjam-jam lamanya.

Bercerita tentang peniaga pakaian bundle, baru-baru ini terjadi satu situasi yang akan menyentuh hati apabila seorang wanita yang agak berusia memberanikan dirinya beraksi di hadapan kamera untuk mempromosi pakaian bundle yang dijualnya.

Individu yang digelar sebagai ‘Mak’ oleh rata-rata warganet ini dikatakan sanggup bersiaran langsung melalui Facebook di group Terbaik E-Store ketika waktu sudah pun larut malam.

Malah dikatakan, bermula dengan ‘viewer’ yang hanya beberapa orang sahaja, namun semakin lama semakin bertambah dek sokongan awam yang gembira melihatnya gigih berusaha.

Mari ikuti perkongsian 0leh salah seorang warganet, Norazman Md Nor tentang cerita ‘live bundle’ mak ini.

Mak ni live time-time macam ni (3 pagi), jual baju bundle. Semua sehelai RM1. Dari view 3-4 orang tiba-tiba mendadak naik view sampai RM170. Menangis dia.

Dia up sehelai-sehelai baju tu sambil tersedu-sedu, bergenang air mata dia. Kemudian ada dua orang hamba Allah ni terbuka hati nak lock 100 dan 50 helai baju-baju bundle mak.

Dia jadi serba-salah dengan viewer live dia, risau dengan yang tak dapat, risau yang lain-lain marah dan tak puas hati. Then ramai-ramai cakap patut ambik, habiskan baju bundle tu.

Mak rehat awal malam ni. Fuh nangis weh.

Akak yang lock 100 dan 50 helai tu mintak mak dan viewer ramai-ramai tu doakan semoga diorang dikurniakan zuriat. Thats it, thats all.

Ada 130 lebih macam tu pakaian bundle. Akak-akak yang lock tu cakap ‘mak ambiklah duit baju tu, kemudian baju tu mak jual balik’.

Mak cakap dia taknak, dia cakap tak elok. So mak decide nak sedekahkan je baju-baju tu nanti dekat mana-mana tempat yang memerlukan. Mengalir pahala tu tak putus-putus.

Dari niat mak cari rezeki, orang terikut nak beli dan senangkan mak supaya mak dapat rehat awal, sampaikan mak boleh jadi asbab untuk yang lain-lain buat pahala dan bersedekah.

Dan ada yang scroll FB mak ni, nampak mak ada buat nasi lemak, kemudian sedekah dekat masjid, surau. Ramai-ramai pakat nak suruh mak buatkan sampaikan value RM1,000 untuk sedekahkan.

“Help” bukan minta sedekah, tapi..

Jika merujuk kepada kapsyen siaran langsung mak atau nama Facebooknya Rosidah Ahmad, beliau menulis ‘Help’ diikuti dua tanda seru.

Menurut Norazman, ‘help’ yang dinyatakan itu bukanlah bermaksud untuk minta tolong atau sedekah, akan tetapi mak sebenarnya ‘menyeru’ orang ramai yang menonton siaran langsung itu untuk membeli jualannya.

“Mak tu tak pernah minta orang sedekah atau beli banyak-banyak pun. Kesian mak tu nangis-nangis lagi pagi tadi..dia taknak orang salah faham.

“Kesian dia, dia tak tahu nak buat live..nak pin nombor WhatsApp dan buat link WhatsApp pun dia tak reti. Ramai-ramai pakat tolong mak tu sikit-sikit waktu live tu,” jelas Norazman ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Difahamkan, mak menjual pakaian bundle adalah kerana untuk mencari duit poket sendiri. Dalam masa sama, mak juga gigih mengambil upah buat nasi lemak untuk disedekahkan di masjid dan surau di kawasan berhampiran rumahnya.

Agak menyentuh hati sebenarnya melihat semangat mak. Bukan sahaja rajin berniaga pakaian bundle dan berani bersiaran langsung di Facebook, malah mak juga turut tidak lupa akan tanggungjawab sebagai seorang manusia, iaitu membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Bila mak cakap mak nak sedekahkan pakaian bundle tu, mak hafal semua nama-nama tempat yang perlukan bantuan. Means..mak dah tahu tempat-tempat yang perlukan bantuan makanan dan pakaian.

“Kalau tengok live mak tu, mak langsung tak ambil apa-apa untung. Mak cuma buat untuk sampaikan niat orang sahaja. Memang sebak tengok mak buat live tu,” katanya lagi.

Jelas apa yang diceritakan Norazman tentang mak ini sangat mengetuk jiwa kita semua. Mak seorang yang rajin, berani, dalam masa sama tinggi sifat empati dan simpati untuk bersedekah kepada orang lain.

Jika anda mahu menonton siaran langsung mak dan membantu jualan pakaian bundlenya, bolehlah ‘bertandang’ ke group Terbaik E-Store itu. Ada rezeki, insyaAllah boleh tengok mak bercakap depan kamera.

Semoga rezeki mak dipermudahkan. Ameen.

Sumber: Norazman Mohd Nor / Rosidah Ahmad / Terbaik E-Store

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*