Kuala Lumpur: Penyanyi Mawi, 41, mende.dahkan dia ditawarkan menjadi bilal sewaktu terpilih menyertai pr0gram Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata kedua tawaran itu besar untuknya namun memilih menjadi artis atas restu kedua ibu bapanya.
“Saya berbeIah bagi dan fikir adakah emak rela saya masuk AF3. Ini kerana, sekali meIaungkan azan pun boleh tahan bayarannya.
“Sewaktu bertanya emak, dia tldak menjawab, tapi melalui perbuatannya saya simpuIkan dia bersetuju. Saya tanya pula pada arwh bapa saya.
“Dia katakan tak mengapa, kerana apabila saya memilih menjadi penyanyi, saya boleh menjadi bilal kemudiannya. Tapi kalau saya jadi bilal, beIum tentu saya boleh menjadi penyanyi,” katanya.
Itulah antara kisah hidup Mawi yang diceritakan dalam bukunya, Mawi Dalam Lautan Manusia yang diancarkan hari ini.
Selain cerita AF3, Mawi turut menyeIitkan banyak panduan dan teladan dalam buku itu terutama buat anak-anak muda yang berhasrat terbabit dalam industri hiburan.
“Biasa orang ingat dunia artis mengenai populariti dan terkenal. Hakikatnya banyak lagi perkara yang kita tldak nampak.
“Buku ini perlu anda baca sekiranya ada cita-cita menjadi artis. Buku ini boleh dijadikan panduan persiapan untuk menjadi selebriti,” katanya.
Buku yang dijual dengan harga RM45 itu mula dihasilkan sejak setahun lalu.
Sumber: hm
Leave a Reply