Impian 10 Tahun Akhirnya Tercapai
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Di dalam dunia ini, tanyalah mana-mana ibu bapa sekalipun mereka tetap nak yang terbaik dan sanggup berkorban apa saja demi anak-anak. Namun apabila usia mereka bertambah, tiba pula giliran anak-anak membalasnya dan begitu jugalah yang telah dilakukan oleh gadis ini terhadap ibu serta ayahnya.
Ganti butang baju dengan pin corak bunga, ayah terus dapat gelaran ‘mat bunga’
Pengguna TikTok @reddishanis, telah memuat naik posting throwback dia menghantar ibu bapanya pergi umrah menggunakan saving sendiri. Dalam video tersebut, dia memasangkan ayahnya sebiji pin bunga bagi menggantikan butang baju. Reaksi sporting ayahnya itu sangat mencuit hati kerana tak jemu melayan karenah anak gadisnya itu. Lebih melucukan lagi apabila ahli keluarganya yang lain terhibur menyaksikan gelagat anak beranak itu.
Steady je pegang pipi ayah macam tu…seronok tengok awak berbakti dengan ibu bapa…semoga kebaikan dibalas
Video berdurasi 25 saat ini telah meraih lebih 90 ribu tontonan. Rata-rata netizen terhibur melihat gurauan serta reaksi anak dengan ayah ini. Ada yang memuji kesungguhan gadis ini serta hasratnya selama 10 tahun akhirnya tercapai. Di samping itu, mereka juga berharap mampu mencontohi sikap gadis tersebut. Selain itu, mereka turut mendoakan agar kebaikannya akan dibalas suatu masa nanti.
Moga Allah balas kebaikan awak terhadap mak dan ayah awak
Sumber : @reddishanis
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply