Hubungan adik-beradik sememangnya satu hubungan yang tidak akan putus sampai bila-bila. Pastinya kasih-sayang yang ditonjolkan sangat bermakna memadangkan membesar bersama.
Namun, jika dapat sama-sama melewati usia senja sudah tentu ia sesuatu yang sangat menyentuh hati kerana keakraban berpuluh tahun masih lagi kekal walaupun masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri.
Rapatnya hubungan adik-beradik
Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai nurulwani99 apabila memuat naik video pertemuan nenek dan datuk saudaranya yang masih lagi akrab sehingga kini.
Dia membawa neneknya menziarahi datuk saudara untuk bertanya khabar walaupun seketika dan hanya duduk di luar rumah sahaja.
@nurulwani99Bawa tok mai jumpa adik dia … .. #kakdgnadik #kakadik #fypシ #fyp #senyumanbahagia ..♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth
Minta nak sayang dengan kakak
Dapat didengar dengan jelas adik kepada neneknya telah datang menghampiri kereta dan mahu bersalaman serta mencium dahi kakaknya.
Momen tersebut berjaya dirakam dan mendapat perhatian ramai kerana terharu melihat rasa hormat warga emas itu kepada kakaknya.
@nurulwani99Video original xdk lagu #kakdgnadik #kakadik #fypシ #fyp #senyumanbahagia #kedahcrew♬ bunyi asal – Adekwani
Jelas dengan keadaan semasa, nurulwani99 memaklumkan bahawa video berkenaan ada video lama dan dia sempat memuat naik lagi video perjalanannya bersama nenek menuju ke kediaman anak sulung warga emas itu.
@nurulwani99Video lama .. ajk wani p rumah anak dia yg sulung plk … #fypシ #fyp #senyumanbahagia #tokom
Dapat pujian ramai
Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok berkenaan telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya selepas satu hari dimuat naik.
Rata-rata berasa sebak dan gembira melihat dua beradik warga emas ini dan sangat bersyukur kerana anak dan cucu masih lagi sudi menyambung silaturahim sesama mereka.
Sumber: TikTok nurulwani99
Leave a Reply