Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mengakui ikhlas dalam mengambil keputusan untuk membvang tatu sekali gus cuba berubah menjadi insan yang lebih baik.
Menurut laporan mStar Online, penyanyi berusia 30 tahun itu sebelum ini berkongsi status di InstaStory meminta netizen mencadangkan klinik yang membuat rawatan membvang tatu.
Pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia itu berkata, tindakan tersebut bukan untuk membuktikan kepada sesiapa sebaliknya atas usaha sendiri.
“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburvk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.
“Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu bvang tatu memudaratkan… tak perlu,” katanya.
Sebelum ini, tvlar sebuah video mirip Aliff yang bergadvh dengan orang awam di Singapura selain memperlihatkan ukiran tatu di belakang badannya.
Selain itu, gambar tatu tertulis nama Bella dengan menggunakan inai juga tvlar tetapi difahamkan ia adalah foto lama yang dirakam pada tahun 2016.
Selepas menimbulkan pebagai kontroversi terutama isu curang dengan menetap di Singapura, dia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga pada hujung tahun lalu.
Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu berkahwin dengan Bella Astillah pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Sumber: mStar Online (Nur Asyikin Mayudin)
Leave a Reply