Anak Zahid Hamidi cari peniaga tular, mahu bantu bayar kompaun RM1,000

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, terdapat segelintir rakyat masih ‘samar-samar’ dan keliru mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang peniaga yang dikompaun kerana dipercayai menghantar pesanan kepada pelanggan tanpa permit melalui sebuah posting oleh pengguna Facebook, Muhammad Najib.

COD tanpa permit?

Berikutan itu, perkara berkenaan telah mendapat perhatian anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah dengan berkongsi surat denda tersebut di laman Instagram miliknya.

Ujian untuk mereka sewaktu PKP

Menerusi posting tersebut, Nurul menyatakan hasrat untuk membantu pasangan suami isteri itu sekali gus meringankan beban kompaun RM1,000 yang dikenakan.

Allahuakbar. Ujian mereka. Siapa tahu macam mana nak hubungi orang yang kena saman tu? Saya nak bantu bayar,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian wanita berusia 42 tahun itu dibanjiri komen daripada warganet yang tumpang simpati dengan nasib peniaga berkenaan selain turut menceritakan pengalaman masing-masing.

Rakyat marhaen je kena macam ni

Tolenrasi la sikit, sedihnya tengok

Kesiannya. Bukan semua orang senang nak cari rezeki

Moga Allah permudahkan urusan

Belum sempat mencari rezeki, dapat pula denda yang perlu dibayar. Semoga yang terkena tempias ekoran pandemik Covid-19 ini kuat hadapi dugaan!

Sumber: Instagram Nurulhidayah Ahmad Zahid

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*