“Maaf Bukan Nak Menyusahkan Cuma Nk Minta RM3 Untuk Isi Minyak”. Pakcik Tunggang Motosikal Dari Kuala Kangsar Ke KL Semata-Mata Kerana…

“Maaf Bukan Nak Menyusahkan Cuma Nk Minta RM3 Untuk Isi Minyak”. Pakcik Tunggang Motosikal Dari Kuala Kangsar Ke KL Semata-Mata Kerana…

Rezeki setiap orang adalah berbeza-beza dan ianya datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki itu meliputi banyak perkara seperti harta benda, makanan, minuman, kesihatan dan sebagainya. Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Radaen Roro Taro ada berkongsi satu pengalaman apabila dipertemukan dengan seorang lelaki warga emas yang berada dalam kesusahan.

Pak cik tunda motosikal

Menceritakan kisah itu, Radaen memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke LEMBAGA di Rawang. Setibanya di KTM Serendah, dia ternampak satu sosok tubuh seorang pak cik sedang menunda motosikal jenis EX5. Dia kemudian menghampiri pak cik tersebut dan melihat wajahnya agak lesu. Dalam hati berkata ‘Alahai naya panas ceng2 tolak moto, tak ada siapa pula tolongnya’

Dia kemudian bertanya kepada warga emas ini adakah minyak motornya sudah habis tetapi tiada sebarang jawapan yang diterima. Individu ini kemudian membantu menunda motosikal tersebut sehingga sampai ke stesen minyak Petronas yang berhampiran. Lebih meruntun hati apabila pak cik berkenaan telah meminta bantuannya untuk mengisi minyak motor berjumlah RM3.

Maaf bukan nak menyusahkan cuma nk minta RM3 untuk isi minyak.

Ingin minta bantuan Baitulmal

Selepas selesai isi minyak, individu ini bertanya kepada pak cik arah tujunya dan jawapan yang diterima sangat mengejutkan. Pak cik ini memberitahu dia dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur semata-mata mahu meminta bantuan Baitulmal.

Jauhnya cik naik EX5 ke Kuala Lumpur, dekat Kuala tak dapat bantuan ke? Pak cik jawab, ‘Ada cuma tak dapat lagi bantuan. Dapat pun sikit, nak berkerja org tak nak ambil kerja sebab dah tua. Cuma kadang-kadang pak cik niaga kecil-kecilan.

Difahamkan, isteri pak cik ini telah meninggal dunia 6 tahun yang lalu. Tambah pak cik Hood lagi, dia tidak mahu menyusahkan anaknya itu kerana dia kini duduk dengan keluarga mertuanya. Individu ini kemudian menghulurkan sedikit bantuan kepada pak cik. Bergelenang air mata, tumpah akhirnya air mata seorang ayah dari Kuala Kangsar.

Pak cik tak meminta, cukup untuk isi minyak pun tak apa. Banyak adik bagi ni (sambil kesat air mata).

Nazmi bergambar bersama Pak Cik

Individu ini terlintas menghubungi salah seorang rakannya, Nazmi dan bertanya sekiranya dia boleh membantu. Aku pun contact la seorang sahabat, Nazmi kenal masa kecil-kecil dulu selalu join geng-geng surau. Kira Ebit Lew versi melayu. Lepas berkomunikasi, dapat kata putus, pak cik tu patah balik ke Kuala tapi berhenti dulu di KKB berjumpa sahabat aku ni. Ada bantuan untuk disalurkan ke pak cik ni.

Individu ini turut berharap agar tidak akan berlakunya salah faham dan tiada spekulasi negatif yang dilemparkan kepada anak-anak pak cik. Mereka bukanlah orang senang dan pak cik ini juga disifatkan sebagai seorang bapa yang tidak suka menyusahkan anak-anak.

Pak cik telefon lagi pagi tadi dia cakap ribuan terima kasih dekat kawan-kawan yang bagi bantuan dengan jumpa dia secara personal. Dia cakap baru orang-orang sekeliling tahu keadaan dia. Bukan nk mengaibkan cuma menambah kesedaran orang sekeliling. Plan pakcik sekarang nak cari rumah sewa sendiri dengan kerja yang berpatutan dengan usia dia.

Sumber:Radaen Roto Taro

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

 

Artikal Popular :

1 Comment

  1. Share lah maklumat account bank pakcik tu supaya kita sama2 dapat membantu.
    ..sebenarnya Allah menguji kita yg berkemampuan membantu….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*