Pengurusan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi selesai melakukan semua persiapan untuk menerima jemaah Umrah yang sudah divaksin pada Ramadan nanti, dengan protokol kesihatan dan langkah pencegahan yang ketat.
Jemaah umrah dan pekerja wajib div4ksin
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan perkara itu selaras dengan aplikasi Tawakkalna untuk kategori imunisasi individu yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19 atau individu yang telah 14 hari divaksin dos pertama COV1D-19 atau individu yang telah sembuh dari jangkitan.
Menurut jurucakapnya Hani Hosni Haider, pihak pengurusan mewajibkan semua pekerja yang terlibat turut disuntik v4ksin bagi memastikan keselamatan mereka dan semua pengunjung Masjidil har4m.
Pensterilan dan pembasmian kum4n dilakukan 10 kali sehari
Beliau berkata kerja-kerja pensterilan akan dilakukan secara kerap di Dua Masjid Suci itu dan dipergiat sempena kehadiran Ramadan.
Seramai 5,000 pekerja terbabit dalam operasi pensterilan dan pembasmian kuman. Pembersihan dan pensterilan di seluruh Masjidil Haram dilakukan sehingga 10 kali sehari.
Berkenaan umrah, jurucakap itu berkata pihak pengurusan memperuntukkan halaman Mataf untuk jemaah Umrah sahaja, membuat 14 laluan maya untuk tawaf.
Selain itu, mereka turut mempertimbangkan jarak fizikal dan 3 laluan paling hampir dengan Kaabah ditetapkan unruk warga emas dan orang kurang upaya.
Beliau meminta semua jemaah bekerjasama dan mematuhi langkah-langkah pencegahan serta jarak fizikal demi kesihatan dan keselamatan mereka.
Sumber: Bernama, Arab News (Rawan Radwan)
Leave a Reply