Selepas hampir seminggu dipercayai ‘hilang’ , seorang pemuda yang juga penjual iphone akhirnya ditemui oleh pihak berkuasa selepas diselamatkan oleh polis di Ayer Keroh.
Pemuda dikenali sebagai Muhammad Amirul Shafiq, 25, telah dilaporkan hilang apabila menghantar pesanan biji tiga iPhone 12 di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Ahli keluarganya juga buntu untuk mencari pemuda tersebut telah memuat naik butirannya bagi meminta pertolongan orang ramai untuk memberikan maklumat jika menjumpai pemuda tersebut.
Dilarikan ‘pembeli’ iPhone
Menerusi Harian Metro, Amirul Shafiq memaklumkan dia telah dibawa lari oleh pembeli iPhone tersebut apabila diajak untuk menaiki kereta bagi memperoleh bayaran ketiga-tiga telefon berkenaan.
Namun, ketika masuk ke kereta, terdapat dua orang lagi menunggunya dan dia telah diikat dan mereka menyembur ubat nyamuk sebelum menvmbuknya. Dia juga dipaksa menelan 10 biji p1l sehingga berada dalam keadaan separuh sedar.
Saya cuba mnj3rit meminta pertolongan ketika itu namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi.
“Saya kemudian diberi 10 biji ubat dan dipaksa makan menyebabkan mula dalam keadaan separuh sedar,” katanya.
Dari Sungai Besi di bawa ke Ayer keroh
Dia telah dibawa ke Ayer Keroh dan ditinggalkan bersama dua orang rakan pembeli tersebut di sebuah rumah pada hari Ahad. Mereka juga turut menyamar sebagai polis dan mendakwa Amiru Shafiq melakukan kes4l4han.
“Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.
“Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan,” jelasnya
Kadang2 tak diberi makan
Pemuda tersebut juga memaklumkan sepanjang 5 hari dikurung, dia hanya diberi makan beberapa kali sahaja dan ada waktu tidak diberi makan langsung.
“Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan,” kata Muhammad Amirul Shafiq, 25.
Dia telah diselamatkan oleh pihak polis setelah rumah tersebut diserbu lebih kurang jam 12.30 malam. Menurut Amirul, dia ada bermimpi diselamatkan namun ternyata mimpinya itu menjadi kenyataan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan m4ngsa sudah diselamatkan dan akan memberi kenyataan media berhubung kejayaan itu.
Mereka yang melakukan perbuatan tersebut juga sudah ditahan polis dan ahli keluarga m4ngsa mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan semua pihak.
Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)
Leave a Reply