Sebelum ini, nama Amal Syahmina pernah menjadi sebutan warganet di media sosial apabila dikaitkan dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz sekitar November lalu.
Tenang menjalani kehidupan, setiap posting dimuat naik Amal di laman Instagram pasti dihujani dengan pelbagai komen positif daripada pengikutnya.
Baru-baru ini menerusi sekeping gambar, wanita itu dilihat tersenyum manis sambil memegang sejambak bunga sehingga meraih lebih 18,000 tanda suka.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen pula, terdapat segelintir warganet menitipkan doa agar Amal bertemu jodoh denagan lelaki yang baik sekali gus mendapat kebahagiaan yang diimpikan.
Selain itu, rata-rata memuji penampilan dan kecantikan wajah wanita tersebut yang dikatakan hampir seiras dengan penyanyi yang juga anggota BLACKPINK, Jennie.
Memang tak jemu mata memandang! Yang pasti, setiap insan harus yakin dan percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Allah SWT.
Sumber: Instagram Amal Syahmina
Leave a Reply