Setiap pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan sudah tentu mahukan yang terbaik buat majlis mereka nanti, kan? Namun, sebagai manusia kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.
Begitulah yang terjadi pada pasangan pengantin di Indonesia ini.
Baru-baru ini, seorang pengantin lelaki di daerah Lengkong, Wilayah Jawa Timur, Indonesia mengejutkan netizen apabila gambarnya sedang bersanding dengan hanya memakai seluar pendek menjadi tvlar di laman sosial.
samawa pic.twitter.com/GkIiOU6Fqr
— curtiz (@br0wski) April 2, 2021
Menerusi gambar tersebut, pengantin lelaki itu dilihat bersahaja bersanding dengan berkaki ayam sambil tangan kirnya dibaluti kain anduh dan terdapat plaster lvka pada bahagian bahu kirinya.
Selain itu, terdapat beberapa kesan luka yang jelas kelihatan di bahagian lutut, betis dan lengan kanan lelaki berkenaan.
Menurut laporan Kompas.com, pengantin perempuan bernama Elinda Dwi Kristiani berkata suaminya jatvh daripada motosikal 4 hari sebelum majlis perkahwinan mereka.
“Suami tidak boleh mengenakan baju pengantin kerana baru menjalani prosedur pembedahan pada bahunya. Dia baru saja keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi pihak media.
Difahamkan lagi, pada hari kejadian suaminya keluar menaiki motosikal untuk mengisi petrol. Secara tiba-tiba, dia pengsan sehingga terjatuh dari motosikal yang ditunggang.
“Kemalangan tidak melibatkan sesiapa hanya diri sendiri. “Alhamdulillah (pernikahan berjalan) lancar,” tambahnya lagi.
Kasihan tak dapat bergambar dengan elok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib pasangan suami isteri itu yang tidak dapat berhias cantik sewaktu hari bahagia mereka berdua.
Sumber: Kompas.com (Mela Arnani)
Leave a Reply