Lelaki sempat tunai hajat ibu, mahu lihat anak kahwin sebelum meninggal dunia

Bagi ibu bapa yang berusia, mereka pasti berhasrat untuk melihat anak kesayangan bahagia dengan mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati sebelum mereka ‘buat’ selama-lamanya.

Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang lelaki ini apabila sempat menunaikan hajat arwah ibu untuk melihat dirinya berkahwin pada 9 Julai lalu dipercayai di Sibu, Sarawak.

@dausz_comunisz93Ya Allah, mak prnh bercakap dgn famliy saya, hrp je pjg umur nak tengok ankbongsuNya Kahwin. Alhamdulilah Mak sempat tngok kami Kahwin. Al-Fatihah 🤲♬ bunyi asal – Dausz Comunisz

Pasangan itu kelihatan mengesat air mata, sebak melihat situasi ibu mereka yang terbaring sambil melelapkan mata dan tidak mahu berkata-kata.

“Ya Allah, mak pernah cakap harap panjang umur nak tengok anaknya kahwin. Alhamdulillah, mak sempat tengok kami kahwin. Al-Fatihah,” tulis anggota tentera itu yang dipanggil sebagai Daus.

Namun Allah SWT lebih menyayangi ibunya apabila ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir beberapa hari selepas pasangan itu berkahwin. Bagaimanapun, tidak dikongsi mengenai punca ibunya meninggal dunia.

Posting oleh kakak Daus

Meninjau ke ruangan komen video tersebut, rata-rata turut sebak melihat momen berkenaan selain berkongsi pengalaman masing-masing serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Tak kuat aku macam ni 

Sumber: TikTok dausz_comunisz93 , Facebook Patrick Ho

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*