Lelaki cerai periuk nasi selepas 4 hari bernikah.”Dunia akhir zaman”

Lelaki cerai periuk nasi selepas 4 hari bernikah.”Dunia akhir zaman”

Seorang lelaki yang tular baru-baru ini kerana tindakannya yang mengahwini sebuah periuk nasi akhirnya bercerai dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari, lapor laman Suara.com semalam.

Khoirul mengucup periuk nasi yang selamat dinikahinya 20 September lalu. -Facebook

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina itu ternyata tidak bertahan lama selepas dia memilih untuk menceraikan ‘isterinya’ itu. Alasannya adalah kerana si ‘isteri’ itu hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.

Upacara pernikahan Khoirul bersama sebuah periuk nasi. – Facebook

Kisah tersebut yang turut dikongsi oleh laman Instagram @kl.foodie mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Apa lagi yang dia (Khoirul) harapkan boleh dimasak oleh sebuah periuk nasi?” soal seorang netizen.

“Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya ya dia bertengkar dengan ‘isterinya’ itu sebelum memutuskan untuk bercerai,” kata seorang netizen lain.

Khoirul pada 20 September lalu membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebuah periuk nasi dan memberitahu dia memilih perkakas itu kerana ia berwarna putih, senyap dan bijak memasak nasi.

Sumber: https://infopertiwi.com/

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*