Lelaki Bukan Islam Ini Ke Masjid Susun Selipar Setiap Solat Jumaat

Sesungguhnya kebersihan dan kekemasan adalah sesuatu yang baik dan ianya dianjurkan di dalam Islam.

Untuk menjadi seorang yang menjaga kebersihan perkara utama yang perlu ada di dalam diri adalah disiplin. Jika disiplin ada dalam diri ianya agak mudah untuk menjadi seseorang itu menjaga kebersihan.

Apabila bercakap soal kebersihan dan disiplin, sudah pasti ramai yang akan ingat dengan sebuah negara yang berada di Asia ini, iaitu Jepun.

Jepun terkenal dengan rakyatnya yang amat pentingkan kebersihan dan berdisiplin.

Walaupun negara Jepun bukanlah negara Muslim tetapi soal disiplin dan kebersihan mereka lebih utamakan.

Jelas di sini, kebanyakan nilai murni yang dianjurkan Islam nampaknya lebih diamalkan rakyat negara itu. Di dalam Islam, kita mengetahui bahawa kebersihan antara perkara paling dititikberatkan.

Lelaki Bukan Islam Ini Pergi ke Masjid Setiap Hari Jumaat Susun Selipar

Baru-baru ini tular di media sosial tindakan seorang lelaki bukan muslim yang dikenali sebagai ‘Uncle Steven’ menyusun selipar dan kasut di luar masjid.

Gelagat ‘Uncle Steven’ disedari seorang jemaah masjid dikenali sebagai Irfan Mustapha yang kemudiannya bertindak mendekati lelaki tersebut.

Menurut Irfan dia terpanggil untuk mendekati ‘Uncle Steven’ kerana setiap minggu pada hari Jumaat, lelaki berbangsa Tionghua itu pasti datang ke masjid dan menyusun kasut serta selipar Jemaah masjid yang bersepah.

Jawapan Kenapa Dia Susun Selipar?

“Saya tanya kepada dia (‘Uncle Steven’), selalu ke sini menyusun selipar. Dia tidak berkasut tetapi tetap gigih datang walaupun dalam cuaca yang tidak berapa elok.

“Jawapan dia, simple…Katanya nampak kemas!,” tulis Irfan menerusi sebuah perkongsian di Fbnya baru-baru ini.

Kata Irfan, ‘Uncle Steven’ memberitahu akan cuba datang setiap minggu kerana tempat tinggalnya sangat dekat dengan masjid tersebut.

“Dia akan menyusun semua kasut dan selipar yang berterabur itu dengan kemas. Setiap kali waktu sembahyang Jumaat, dia akan datang ke sini.

“Saya terpegun melihat ‘Uncle Steven’, tambah-tambah lagi dia bukan seorang muslim. Dia buat saya tersedar yang kepercayaan dan pegangan berbeza bukanlah halangan untuk kita menghargai sesama kita.

“Walaupun apa yang dilakukan ‘Uncle Steven’ nampak ‘kecil’ tetapi ada sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran dan penghargaan,” tulisnya.

Tindakan Uncle Steven Harus Dipuji

Walaupun dilihat kecil oleh sesetengah orang, tetapi tindakan “Uncle Steven” itu harus dipuji dan dijadikan pengajaran buat kita semua. Kata orang, tindakan seseorang itu mencerminkan peribadi.

Sumber : blogammar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*