Perkahwinan merupakan satu fasa yang paling dinantikan buat pasangan yang sudah lama bercinta. Setelah berusaha mempertahankan hubungan, hari pernikahan pastinya akan menjadi hari paling bahagia buat mana-mana pasangan.
Terpaksa batal majlis nikah
Namun begitu, berbeza dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ainqomart_ apabila hari pernikahan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi menjadi episod hiba dalam hidupnya.
Mana tidaknya, tiga hari sebelum majlis teman lelaki bertindak membuat keputusan untuk membatalkan majlis atas alasan enggan berkahwin.
Rupanya keluarga lelaki tak tahu pun pasal majlis
Lebih menyedihkan lagi, rupanya keluarga pihak lelaki langsung tidak tahu tentang majlis tersebut dan segala urusan perkahwinan hanya dilakukan oleh pihak perempuan sahaja.
“Sebenarnya kitaorang dah buat semua borang deal dengan baba Ain sekali. The lulus akad nikah 24 Julai, kenduri pun Ain dah setup. Tiba-tiba hari ini Ude (bakal suami) cakap cancel. Ude tak nak kahwin.” tulisnya.
Batal semua tempahan
Disebabkan itu, majlis sudah hampir dengan tarikh, gadis tersebut tentunya sudah menempah jurumekap dan jurugambar untuk mengabdikan gambar pernikahan mereka.
Namun terpaksa dibatalkan kerana majlis tidak berlaku. Jelasnya lagi, segala perbelanjaan nikah termasuklah sampin lelaki adalah dari pengeluarannya.
Ralat teman lelaki tak beritahu dari awal
Apa yang membuatkannya ralat adalah tindakan teman lelakinya yang tidak berterus terang sama ada ingin berkahwin ataupun tidak sebelum semua sudah disediakan.
“Bagi Ain, kalau dan tak nak teruskan, boleh bagitahu elok-elok dan awal awal lagi. Call parents kita cakap tak boleh teruskan. Sakit masa awal tu tak sesakit time semua dan settle.” jelasnya.
Reda, ambil cincin sebagai ganti rugi
Namun begitu, gadis tersebut mengakui reda dengan apa yang berlaku dan telah mengambil cincin tunang dan nikah yang sepatutnya disarungkan ke jari pada hari pernikahan nanti sebagai ganti rugi yang telah berlaku.
Ain turut menyatakan apa yang terlebih ataupun terkurang telah dia halalkan dan berharap pihak lelaki juga sepertinya.
Sumber: TikTok ainqomart_
Leave a Reply