Lagi sebulan nak kahwin, gadis kecewa hubungan tak direstui bakal mentua

Dalam sesebuah perhubungan, restu daripada orang tua adalah penting terutama apabila berhasrat ingin mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati.

Bagaimanapun, tidak semua penyatuan dua hati itu memperoleh restu kedua-dua pihak seperti terjadi kepada seorang gadis ini, cuaaceyy yang berkongsi kisah sedihnya di aplikasi TikTok.

cuaaceyy atau nama sebenarnya Nur Fatin Nasuha berkata, dia dan lelaki pilihan hatinya sudah membuat persediaan untuk berkahwin namun mendakwa tidak mendapat restu daripada bakal ibu mentuanya.

“Macam mana sekali pun restu seorang ibu tu lagi penting. Semoga ada bakal menantu yang lebih baik untuk mak awak ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video berdurasi 38 saat itu, dia memaklumkan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada November depan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah, gadis tersebut juga menasihati orang ramai supaya mencari bakal mentua yang boleh menerima diri seadanya selepas bertemu jodoh dengan pasangan.

“Lagi sebulan nak nikah tiba-tiba semuanya berubah. Korang kalau nak cari pasangan, make sure cari sekali parents dia yang boleh terima korang seadanya.

“Jangan bila persiapan semua dah siap last-last macam ni. Sakit weh sumpah,” luahnya dalam video berkenaan.

Video itu mendapat sebanyak 282,300 tontonan selain lebih 1,000 komen dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan nasib malang menimpa gadis terbabit.

Malah, ada juga segelintir individu berkongsi pengalaman masing-masing setelah hubungan cinta tidak dipersetujui atau dihalang oleh ibu bapa mereka.

Kenapa tak cakap awal2 ya?

Sakitnya, dah sayang sangat2…

Allah dah atur perjalanan hidup kita

Sumber: TikTok cuaaceyy

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*