Hidayah milik Allah, Lagenda Bolasepak Malaysia Memeluk Islam

Hidayah milik Allah, Lagenda Bolasepak Malaysia Memeluk Islam

Semalam saya dihubungi oleh seorang lagenda bolasepak Sabah & Sarawak pada era 90an dan awal 2000 iaitu Bobby Chua. Beliau mendapat nombor saya dari Y.B. Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Bekalan Air Sarawak.

Bagi mereka yang mengikuti Liga Malaysia pada era 90an dan awal 2000 pasti kenal siapa Bobby Chua, seorang pemain tengah yang mengerunkan pihak lawan. Alhamdulilah, Bobby Chua telahpun memeluk Islam pada 2014.

Saya mendapat perkhabaran bahawa Bobby Chua menghidap penyakit ALS (Amyotrophic lateral sclerosis), suatu penyakit penurunan fungsi (degeneratif) pada sel saraf motorik yang berkembang dengan cepat dan disebabkan oleh kerosakan sel saraf.

Beliau telah menghabiskan lebih RM200,000 wang simpanannya serta menjual aset beliau bagi merawat penyakitnya. Walaupun beliau menghidap penyakit ALS, tetapi beliau memberitahu saya,

“Bro, when the doctor tell me I got ALS ah, they tell me I got 3-5 years more to live. But I didnt cry and feel sad. I believe in Allah. I’m a fighter bah. I will fight. i wont give up until the end.”

Ya, Bobby memang seorang fighter di padang pada zamannya. Dia kini juga sedang fight untuk melawan penyakit ALSnya. Saya juga memberitahu kepada beliau bahawa saya juga meminati gaya permainannya dan masih ingat jersi nombor 8 & 18 yang dipakainya sewaktu mewakili Sabah & Sarawak.

Kini kedua belah tangannya semakin lemah dan perlu disuap oleh isterinya dan jikalau tidak dilakukan rawatan susulan yang memerlukan belanja hampir RM300,000, kesihatannya akan semakin susut dan akhirnya lumpuh. Beliau telah susut 15kg sejak disahkan menghidap ALS.

Beliau tidak meminta sebarang wang dari saya dan hanya meminta saya mendoakan beliau, namun saya terpanggil untuk membantu apa yang mampu dengan berkongsikan kisahnya agar sahabat yang mengenalinya atau tidak mengenalinya dapat memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban beliau.

Sahabat yang ingin membantu beliau, boleh menyalurkan sumbangan ke salah satu akaun kami di bawah dan emailkan slip atau letakkan nama BOBBY sebagai rujukan untuk kami salurkan kepada beliau.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

AFFIN ISLAMIC
Kuala lumpur and selangor multiracial reverted muslims
1065 8000 9580

CIMB ISLAMIC
Mrm Consultancy and Services
8600 38 9006

BANK RAKYAT
Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims
1109 6100 1084

InshaAllah selepas PKPB nanti, kami telah berjanji akan berjumpa dan saya akan ke Sabah untuk bertemu dengannya. Sahabat boleh berikan sumbangan untuk membantu beliau dan saya percaya kerajaan Sabah & Sarawak juga akan membantu wira yang pernah mengharumkan nama negeri Sabah & Sarawak dalam arena bolasepak Malaysia.

Sumber : Fb brofirdauswong

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*