‘Koyak’ kena ugut selepas tular, pelanggan maki ‘rider’ buat laporan polis

‘Koyak’ kena ugut selepas tular, pelanggan maki ‘rider’ buat laporan polis

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu video seorang pelanggan berselisih faham dengan seorang penghantar makanan sehingga menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, pelanggan terbabit dikatakan telah salah meletakkan pin lokasi penghantaran sehingga rider terlewat untuk menghantar pesanannya.

Disebabkan dia dikatakan mengugut rider tersebut, tindakannya telah dilaporkan ke pihak polis pada hari kejadian.

@minyakhitamjalanan Tak salah pun.. Klu dah salah tu mintak maaf… Ni tak di marah nye aku.. Sampai boleh cakap dia blh buat aku hilang kjer… Yang.. Aku tak puas hati sgt.. Dia marah aku depan org ramai.. Itu je.. Ingt ride pun ade hati bro.. #kotadamansara🔥 #grabfood #minyakhitamjalanan #fypシ ♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan

Terima banyak ugutan

Namun begitu, disebabkan wajahnya tular di media sosial, pelanggan berkenaan telah teruk dikecam netizen sehingga dia tidak tahan apabila menerima banyak ugutan.

Disebabkan itu, lelaki terbabit telah mengambil tindakan membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan dirinya.

Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid memaklumkan yang pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya telah menerima laporan dari lelaki berusia 27 tahun itu sekitar pukul 11.10 pagi semalam.

Ugutan diterima selepas satu video yang menunjukkan rakaman wajah mangsa berselisih faham dengan seorang penghantar makanan telah tular dalam aplikasi media sosial.

Akibat daripada video yang tular tersebut, mangsa telah menerima pelbagai mesej berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali melalui aplikasi media sosial,” katanya.

Difahamkan kes telah disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Jadi, pihak polis menyeru agar saksi awam yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Tambahnya, pihak polis menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden video yang tular tersebut.

Sumber: Kosmo! (Azmi Nordin)

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*