3 tahun derita kanser rahang, Koperal Azmi meninggal dunia pagi tadi

ANGGOTA polis yang menderita kanser rahang, Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan Koperal Azmi Kamarudin telah meninggal dunia sebentar tadi. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.

“Marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah,” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan hasrat anggora polis berusia 34 tahun itu untuk bertemu dengan bekas rakan setugas tercapai selepas menerima kunjungan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di kediamannya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas, semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi Azmi, selain turut menyampaikan sumbangan lampin pakai buang beserta barangan keperluan lain.

Beliau berkata, Azmi adalah bekas anggota yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang Kes Berpusat di Kepala Batas sebelum bertukar ke Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Isteri Azmi, Korporal Noor Ifa Md. Sukari, 36, berkata penyakit suaminya mulai dikesan sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini, dia menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Walau bagaimanapun, kesihatannya semakin merosot sejak Jumaat lalu dan selepas menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB), kami sekeluarga memilih untuk membawanya pulang.

“Saya bergilir-gilir menjaganya bersama ibu dan bapa mentua yang tiba dari Sarawak sejak 26 Disember lalu,” katanya yang bertugas di IPD SPU.

Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*