anak kata arw4h suka berk0ngsi rezeki, Kisah pelaw4k Maidin m3n1nggal dalam s0lat

Tanggal 13 Ogos 2014, pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, m3n1nggal dunia akibat ser4ngan jantvng ketika sedang mengerjakan solat Zohor.

Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik oleh isterinya Habirah Rahim, 59, sebelum disahkan m3ningg4l dunia.

Jenazah Allahyarham dik3bumikan di Tanah Perkvburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak.

All4hyarham m3n1ngga4lkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.

Pem3rgian All4hyarham ketika sedang beribadah dicemburui bukan sahaja ahli keluarga malah rakan-rakan yang mengenali dirinya.

Dalam satu perkongsian di Facebook, anak perempuan Allahyarham, Cikgu Sharifah Maidin mendedahkan Allahyarham seorang yang suka berkongsi rezeki ketika hayatnya.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Aku layak cakap kot? Aku anak artis juga. Takda la glamour macam depa sangat. Tapi abah ada la dapat award Takat berlakon 8 ke 9 filem (kot).

Bayaran artis sekarang tak macam dulu. Kemaih! Tapi abah aku bela kami 5 beradik tak da minta-minta. Minta tolong adalah. Lepas tu bayar balik.

Abah aku kayuh basikal walau artis. Senang sikit naik motor Yamaha ja. Jiran kata, rumah kami macam padang bola. Kosong! Kereta abah aku bukan second hand, tapi fourth hand.

“Lepas kami kerja baru abah dengar kata beli kereta baru. Kereta Kelisa tu lah abah pi show sana sini. Tu pun abah selalu kena tipu. Hampa tau abah aku kata apa? Halailah, Allah bagi kat abah balik nanti.

Abah aku tak tunggu pendapatan artis sahaja. Abah aku guna duit lakonan dan berlawak tu beli lembu dan kambing. Kami la manager dia. Kami la drebar dia. Ajar kami anak² kerja kebun dan tanam jagung.

Aku baca buku sambil jaga lembu dalam kebun getah Kadang-kadang kawan-kawan aku gelak. Betul ka hang anak artis? Ada aku kisah?

Mak abah ajar kami adik beradik mengadap dunia dengan berani. Hasilnya 4 orang guru dan seorang tentera. Kami dulu kecik hati dekat abah sebab abah jarang bawa kami jalan-jalan.

Tapi la ni aku faham. Dulu kecil hati nak pakai baju macam artis mak tak bagi. Semua mak jahit sendiri. Mana nak jadi artis kalau mak jahit sendiri? Bila lepas SPM mak hantar aku pulak belajar jahit baju. Kecil hati bila dapat course Art dan Design UITM mak tak bagi. Kalau tak, confirm aku law4n Rizalman Mak tahu aku nak jadi macam artis. Nasib baik nooo..

Aku menyanyi di sekolah abah tak berapa benarkan. Tapi dia kata kalau boleh jadi macam Siti Nurhaliza takpa la masa itu nak kahwin dah. Buat kena jeling. Boleh, tapi kena disiplin.

Abah kata kena layan macam buat bisnes. Kecut perut aku. Last sekali aku berteater dan menari hanya di MPRM.

Abah suka kongsi rezeki dekat masjid

Memang masa ada, adalah rezeki abah. Masa dapat banyak offer abah kongsi kat masjid.

Mak aku favourite dia beli periuk belanga. Kami selalu buat kenduri dulu.

Kalau raya, mihun sup gear box mak aku seperiuk besar, nak habaq Barang emas tak beli sangat, tapi beli periuk yang macam standard nak buat katering..”

La ni kalau rindu kat mak, tengok ja la periuk mak tu. Memang mak tak t1nggal gambar sangat. Tapi mak tinggal periuk dan mangkuk pinggan. Mak…pah rindu mak

Kami tak diaj4r mewah dengan percutian, tapi kami di ajar cari duit sendiri. Usaha dengan tulang 4 kerat. Ada masa jatuh juga. Tapi jangan ajar diri meminta-minta,

Hebat abah dan mak mengatur kejayaan kami. Salute kat depa.

Al-Fatiha buat abah dan mak. Rindu..

Sumber :  cempedakcheese

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*