Penduduk Sabak Bernam Dihantui Misteri Ketukan Pintu
Tular baru-baru ini kejadian ‘misteri’ yang menimpa penduduk di beberapa kampung sekitar daerah Sabak Bernam, Selangor apabila mereka mendedahkan telah diganggu oleh bunyi ketukan pintu rumah tanpa salam sejak kelmarin.
Gangguan misteri itu dipercayai menganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung disekitar kawasan tersebut.
Ketukan misteri, 4 kampung terlibat
Gangguan misteri itu dipercayai telah mengganggu penduduk bukan sahaja di sebuah kampung, malah 4 kampung yang berlainan!
Antara kampung yang terlibat termasuklah Kampung Batu 37, Kampung Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.
Lapor Sinar Harian, bunyi ketukan ‘misteri’ itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam iaitu bermula dalam pukul 10 malam sehinggalah ke pukul 4 pagi.
Menurut seorang penduduk, Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, kejadian yang berlaku pada pukul 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.
Kisah ini diceritakan oleh salah seorang penduduk yang bernama Khairol Anuar selepas team SK menghubunginya hari ini. Khairol merupakan salah seorang mangsa gangguan tersebut.
“Selepas saya pulang dari berniaga, dalam pukul 10.30 malam macam tu, saya terdengar bunyi ketukan yang kuat dan berkali-kali tanpa memberi salam di pintu dapur rumah saya,” katanya.
“Pada mulanya saya biarkan sahaja sebab saya ingatkan anak saudara saya yang datang tapi hairannya bunyi ketukan itu sangat kuat seperti seseorang yang ingin masuk ke rumah dengan cepat. Saya pun ambil keputusan untuk intai di tingkap dan mendapati tiada siapa,” tambahnya lagi.
Paling mengerunkan, ketukan tersebut berbunyi sekali lagi namun kali ini di dalam bilik air yang telah hanpir setahun keluarganya tidak guna.
“Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang secara tiba-tiba apabila mendengar ketukan kuat dari arah tandas tersebut.”
Menurut seorang penduduk yang lain, Nor Azuwa Shaaban, 31, bunyi misteri yang sama turut dialami oleh dua adik perempuannya iaitu Nur Farzana, 22 dan Nurul Farisya, 17 yang tinggal di Kampung Batu 38.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, adiknya (Farzana) baru sahaja menyelesaikan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah, manakala Farisya pula sedang duduk di atas sofa di ruang tamu.
Sejurus kejadian tersebut, dia memuatnaik satu status di ruangan Whatsapp story. Lebih memeranjatkan lagi, beberapa penduduk kampung yang mengenalinya turut menceritakan perkara yang sama.
Tambah seorang lagi penduduk di Kampung Tengah, Nor Zaihan Yaakob, 38, dia turut mengakui telah menerima gangguan yang sama ketika berada di rumah bersama ibu dan dua orang anaknya.
Sedang tidurkan anak, pintu rumah diketuk
Menurutnya, gangguan ketukan misteri itu berlaku kira-kira pukul 11.40 malam dimana dia sedang menidurkan anak kecilnya yang berusia 4 bulan.
Pada awalnya, dia beranggapan bahawa dua anak saudaranya baru pulang dari kerja. Tetapi apabila ditinjau di tingkap rumah, tiada kelibat manusia pun yang berada di luar rumah.
Gangguan ketukan itu dialami lebih kurang 40 buah rumah penduduk dalam tempoh sejam sahaja!
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan mengenai kejadian misteri itu.
Pengerusi MPKK pun kena ganggu
Malahan, beliau juga turut diganggu dengan bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumah pada pukul 11 malam hari yang sama.
Beliau menasihatkan penduduk kampung supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi-bunyi yang meragukan.
Tambahnya lagi, penduduk juga diminta untuk menghubungi polis atau pihaknya sendiri sekiranya ada ternampak individu yang mencurigakan.
Rondaan dibuat waktu malam
Tindakan juga telah diambil oleh pihaknya dan rondaan yang membabitkan sukarelawan MPKK juga akan dijalankan bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi di sekitar kampung yang terlibat.
Sumber: Sinar Harian, Erokhairol
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply