Ketua Pengarah Jakim kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya, mninggal dunia ak1bat komplikasi jantung dan paru-paru di Hospital Sungai Buloh, kira-kira 1 tengah hari, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan berita itu diterima daripada seorang pegawai khas Allahy4rham sebentar tadi.

Katanya, beliau dimaklumkan j3nazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kuang untuk urusan peng3bum1an.

“Ya, itu berita yang saya terima daripada pegawai khasnya. Kita doakan arw4h ditempatkan bersama orang beriman.

“Seluruh warga Jakim merasa keh1langan dengan pemergian Allahyarham. Mohon sedekahkan doa,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak dapat menziarahi jenazah kerana masih dikuarantin.

Semalam, Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan berkata, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Cov1d-19, Selasa lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negat1f.

“Memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak h0spital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya kenyataan itu dipetik.

Dilahirkan di Terengganu pada tahun 1961, Allahyarham berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (1985) dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya.

Beliau mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1986 dengan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Islam Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Sebagai pegawai yang berpengalaman dalam perkhidmatan awam, All4hy4rham memegang beberapa portfolio penting antaranya pengarah di beberapa bahagian di Jakim iaitu Pengarah Jakim Sabah pada tahun 2005, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia tahun 2008, Pengarah Darul Quran tahun 2010 dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tahun 2013.

Pada 5 Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan pada 1 Mei 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan manakala Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim pada 1 April 2018.

Ketika menjadi Pengarah Jawi, beliau juga pernah mengambil tindakan ke atas dua k3s besar iaitu Ustaz Kasanova dan ajaran sesat Millah Abraham, kira-kira enam tahun lalu.

Sumber : cempedakcheese

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*