Kesian Rider OKU kayuh basikal tiga kilometer, rupanya kena scam

Umum mengetahui dalam keadaan kita yang masih lagi dilanda pandemik Covid-19, pelbagai cara dilakukan oleh orang ramai untuk mencari rezeki seperti menjadi penghantar makanan, barangan dan sebagainya.

Tugas mereka penuh mencabar demi menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, dan kadang-kadang terpaksa bekerja keras demi memenuhi permintaan pelanggan.

Dalam masa yang sama, masih terdapat individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menganiaya para penghantar makanan dengan cara menempah di lokasi berlainan dan tidak berada di lokasi berkenaan untuk mendapatkan barangan yang ditempah.

Situasi ini telah berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Melalui satu perkongsian Facebook, seorang rider FoodPanda yang hanya berbasikal terpaksa mengayuh hampir tiga kilometer semata-mata untuk menghantar makanan bernilai RM80 yang dipesan oleh seorang pelanggan.

Walau bagaimanapun, segalanya usaha menjadi duka apabila pelanggan bernama Mira yang dicari tidak berada di lokasi kawasan. Beliau pada awalnya, turut dibantu oleh pekerja Shell berkenaan dalam bertanyakan maklumat mengenai pelanggan berkenaan namun gagal dicari.

Lebih menyedihkan, rider berkenaan merupakan individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pelanggan yang didakwa membuat pesanan ini bertindak untuk tidak mahu bertanggungjawab serta membalas mesej yang diterima dengan ayat yang kasar.

Difahamkan mesej ini dihantar oleh rakan rider yang lain dalam membantu rider FoodPanda OKU berkenaan menerusi nombor telefon yang tertera pada pesanan yang dibuat.

Berikutan makanan bernilai RM80 yang ditempah tidak bertuan selepas penghantar makanan berkenaan mendahulukan wang beliau, para rider Foodpanda yang lain tampil menghulurkan bantuan dengan membeli makanan berkenaan dalam usaha untuk meringankan beban rider OKU tersebut.

Sumber : motoqar

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*