
Kisah seorang ibu syurga yang menyara puluhan anak angkat mendapat perhatian masyarakat dan telah tular di sosial media.
Ibu yang tular ini ialah salah seorang daripada asnaf yang telah dibantu oleh Vitaminbae, iaitu team persendirian yang menjalankan misi kemanusiaan sekitar Sabah.
Melalui perkongsian video di akaun Youtube Vitaminbae, ibu yang lebih dikenali sebagai Makcik Nona oleh penduduk sekitar merupakan seorang peniaga kecil-kecilan di sana.
Ketika tinjauan team Vitaminbae di sana, makcik Nona sedang menjaga gerai kecilnya yang dibuka di depan rumah. Makcik Nona menjual pelbagai jenis makanan di gerainya termasuklah leher ayam goreng dan keropok tepung yang masing-masing dijual pada harga 10 sen seketul!
Ketika ditanya tentang jualannya, makcik Nona menjelaskan bahawa jualannya murah kerana penduduk di kawasan tersebut juga kebanyakannya tidak berkemampuan seperti dirinya.
Menceritakan tentang anak-anak angkatnya, dia berkata mereka semua daripada latarbelakang yang berbeza. Ada anak yatim, ada anak-anak terbiar, ada yang ditinggalkan ibu bapa, dan ada juga yang datang sendiri ke rumahnya untuk menumpang kasih.
Alhamdulillah, anak-anak angkatnya semua pandai berdikari dan rajin menolong makcik Nona membuat kerja-kerja rumah.
MasyaAllah hebat sungguh ibu syurga ini. Ketika dia juga hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun naluri keibuannya lebih kuat daripada kesusahan yang dirasa.
Difahamkan juga bahawa suaminya sedang sakit menyebabkan tugasan sebagai ketua rumah tergalas di bahunya.
Ketika artikel ini ditulis, makcik Nona difahamkan telah mempunyai lebih kurang 40 anak angkat. Terima kasih kepada Team Vitaminbae yang sudah menyiarkan kisah ibu hebat ini sehingga mendapat perhatian daripada banyak pihak.
Ya Allah permudahkan urusan ibu hebat ini. Jadikan anak-anak angkatnya sebagai insan yang berguna dan InsyaaAllah, orang yang akan menarik makcik Nona ke syurga kelak. Aaminn..
Sumber : Vitaminbae
Leave a Reply