Tidak dapat dinafikan, Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan yang menarik sehingga mampu menarik perhatian warga tempatan malah pelancong dari luar negara.
Pun begitu, walaupun negara ini popular dengan makanan yang menarik, sebagai umat islam perlu memilih makanan yang bersesuaian dan disahkan halal sebelum menikmatinya.
Baru-baru ini, seorang influencer menjadi perhatian ramai apabila dia membuat reviu makanan di sebuah kedai cendol yang dikatakan terkenal di Pulau Pinang sehingga mencetuskan perbalahan dan kritikan ramai.
@eijamusvlogKatanya chendol paling sedap kat Penang 🤤
Kembang tekak tengok dia makan
Mana tidaknya, ramai yang mendakwa terutamanya penduduk tempatan di Pulau Pinang tidak pernah menjejakkan kaki atau mencuba di gerai cendol terbabit kerana tidak mengetahui sejauh mana status sama ada halal atau tidak.
Malah, mereka juga mendedahkan tidak sanggup untuk mencuba cendol di kedai itu kerana melihat kepada keadaan gerai tersebut.
Halal ke tak ni?
Bukan itu sahaja, perkongsian tersebut juga mendapat perhatian daripada Ustaz Abdullah Khairi yang memaklumkan dia sendiri tidak pernah makan cendol tersebut kerana khuatir status halal kedai itu.
Sumber: TikTok @eijamusvlog
Leave a Reply