Masihkah korang ingat tentang kisah seorang pembaca berita Astro Awani, iaitu Luqman Hariz yang viral apabila memberi kenyataan ‘otak letak di lutut’ tempoh hari?
Meskipun kenyataannya meraih sokongan penuh daripada netizen berkaitan isu peniaga dikenakan kompaun RM50,000 kerana melanggar SOP, isu tersebut disiasat polis atas dakwaan menimbulkan fitnah.
Malah, pihak Astro Awani turut menyiarkan kenyataan media menjelaskan akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak polis berikutan isu berkenaan.
Selesai siasatan, kembali bertugas di Awani 7.45
Difahamkan setelah selesai siasatan, baru-baru ini, penyampai berita itu menjelaskan sudah kembali bertugas di berita awani 7.45 menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya.
Back on #AWANI745 tonight.
Sempat buka sebijik kurma je 🥶 but alhamdulillah. pic.twitter.com/hyYtt8EwwF
— Luqman Hariz AWANI (@luqmanhriz) May 4, 2021
“Back on #AWANI745 tonight. Sempat buka sebiji kurma je, tapi Alhamdulillah,” tulisnya.
Rakyat sentiasa beri sokongan
Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen meluahkan perasaan gembira tatkala melihat pembaca berita tersebut kembali bertugas seperti biasa.
Mereka meninggalkan pesanan agar jangan takut dan teruskan menyampaikan berita dengan telus dan ikhlas untuk masyarakat.
Dalam pada itu, ramai juga yang berjanji untuk memberi sokongan kepada pembaca berita berkenaan.
Terdahulu, pembaca berita berkenaan menjadi tular apabila memberi ayat bernada sindiran sewaktu sedang bersiaran menyampaikan berita tentang isu kompaun RM50,000 peniaga.
Berikutan itu, dia dipuji oleh netizen kerana berani ‘bersuara’ mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Namun, pihak polis menganggap ianya sebagai satu fitnah dan menjalankan siasatan terhadap pembaca berita terbabit.
Sumber: Twitter luqmanhriz
Leave a Reply